-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

25 April 2014

VLOG sebagai saham

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour 

Alhamdulillah. Ntah saham pulak tajuk tu. Saya maksudkan saham akhirat. Well. Video letak youtube ni akan insyaAllah terus kekal dalam dunia maya. Mood vlog sebab saya memaang admire tengok video.-..- ya ka. Tak jugak. sesekali je tengok actually. Dan disebabkan ssssekali  tulah hanya video dan vlogger dalam senarai saya ja yang 'boleh' tengok. *jamak 'sss' di situ. Takuttakut banyak lagha and melencong. Lastlast ? kerja tertangguh. Haishh..MashaAllah2. 

Video banyaks *sila jangan tiru grammar tambah 's' sebagai jamak ni* bawa kebaikan kepada yang menonton mahupun yang merakam, mengupload dan yang. sewaktu dengannya. Tetapi yang zahir lagi terang bercahaya sekarang adalah fenomena ke'melampau'an berkongsi video tanpa memepedulikan hak dan izin pengupload video. You know what ? Ah I know you know. budak couple seminggu, macam comel macam cantik je, bobo, and so whatever. And yang saya paling tak suka adalah video-video yang berunsur mengaibkan orang lain yang bertepek-tepek dalam memory phone saya melalui whatssapp. Allah Allahh. 


Tidakkah kita terfikir jika kita yang berada di tempat mereka? Adakah kita akan berasa malu ? marahkah ? Kalau saya, mau sampai keluar berjalan pakai topeng ninja. Haa. Cite lain pulak. Jadi kesimpulannya mudah ibarat nak buat karangan SPM *haa tu dia. mudah bagi korang yang hebat laa*, Cuba fahami perasaan orang lain sebagaimana kita mahu difahami. iyalah. c u b a. Well. we are human. >Husnuzon. Selagi mana kita mampu dan mengaharap perkara yang sama kepada kita daripada orang sekeliling kita. Indah kan Islam ? Tiada jual ikan.*selfish ? Boleh ke entry sahabat saya :  Kita Dan Pemuat Turun Video
Tiadalah saya nak share sekadar nak bagitahu taste vlogger kesukaan saya atas kerana ngadangada. phuu. Mereka menyampaikan mesej yang baik. Jadi saya rasa nak sangat bercerita bila saya jumpa or dapat sesuatu yang baik terutama di alam maya yang semakin melekat di jari-jari, dan otak-otak remaja abad ni. haa agak lapar bila dengar perkataan 'otak-otak' itu. Haishh syaitonirrajiiim. Asyik ajak makaan ja. Fin, Teruskan.

Apakah vlog itu ? Apa yang saya sibuk nak cite berkaitan vlog ni ? Haishh misteri~ so dengan mengabaikan kemisterian yang tak misteri langsung tu, saya nak share beberapa orang vlogger yang saya minat dan bagi saya, mereka sungguh menyampaikan sesuatu atau mengupas topik2 yang begitu baik untuk remaja remaji remaju (?) seperti saya dan kita khususnya.  Mudahan-mudahan dapat jugaklah bagi inspiration or maybe sedikit sebanyak titik tolak perubhan dalam diri kita. Manalah tahu...masa tengah sedih kehilangan orang tersayang, teringat dialog MatLutfi dalam video beliau, 
certain dialog;
"Ada banyak lagi orang jahat kat luar sana..awat depa hidup bahagia dengan family depa ? Awat Tuhan tak ambik nyawa family depa ? Awat aku ?"

"Kau ada adik istimewa, kau tahu Nabi ada siapa ?"

"tak ada sapa-sapa"

"Tapi dia ada bapak sedara"

"Tapi bapak sedara dia mana masuk Islam, bapak sedara dia dapat teman dia sekejap je"

"Tapi dia ada isteri"

"Bukan time umur kau"

"Tapi dia nabi, manalah sama dengan aku"

"Memangla tak sama..sebab dia lagi tak ada apa-apa kalau nak banding ngan kau"

"Tapi aku tak boleh hidup sorang macamni"

"Memangla tak boleh, selagi kau tak bergantung pada yang tak mati"

"...."
Part yang paling saya suka setakat ni dari video-video yang saya tengok. InsyaAllah, ingat sentiasa part yang bold tu. Sebahagian dialog tu datang dari video MatLuthfi 90, Rokok dan kopiah. Silakan tonton . Saya ada selitkan kat bawah dalam entry ni :)
Yaaa mereka adalah vlogger-vlogger yang dirahmati Allah  :
1  Qawiem Khairi (Team Langit Ilahi) 

2  AIMAN AZLAN *cece admire lebih sikit. Dapat anugerah di'capital'kan namanya dari secret admire deperti diriku ini :p

3  Mat Luthfi

3 Anwar Hadi

4 Mr The All Shared


Tu je -..- beriya saya ni menulis tentang v l o g g e r . Baruku sedar rupanya ni ja yang ingin ku tulis. Haaah. Actually ramai yang vlogger yang saya tahu. Memang ramaaaai sangat vlogger yang well-known. As well as Maria Elena, Aman Wan, Shazreen Fazlynda, Tapi hanya yang saya senaraikan yang atas tu mendapat ranking teratas dari segi video-video yang membawa kebaikan dari segi kehidupan dan Islam 'bagi saya'. Bagi saya ye  MatLuthfi pun tau. Mesej yang dia sampaikan ada yang sangaaat menusukk qalbu. 
err tu je. So jom kita tonton dan ambil iktibar daripada beberapa video terpilih bawah ni ;)
Barakallah.
Shoot the Target !-Qawiem Khairi


LIVE di MHI bersama Ustaz Vlog-Qawiem Khairi


Ramadan: A Visual Expression -Aiman Azlan (feat. Umar Mita)
#19 Salam-Anwar Hadi
#15 Pesta Ibadah-Anwar Hadi
Muslim Women. Don't They Feel Hot?-Aiman Azlan
ROKOK DAN KOPIAH-Mat Luthfi
PERPECAHAN UMMAH-Mat Luthfi
SEBELAH SAYAP-Mat Luthfi
Imam? Eleh Small Matter Habaq Hang!-Mr The All Shared
20 Cara Stylo Nak Elak Bersalaman Ketika Hari Raya-Mr The All Shared

voila !

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 April 2014

THARIQ BIN ZIYAD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. 


Siapakah Thariq bin Ziyad?



Demikian yang kita tahu, bila disebutkan tokoh-tokoh Sepanyol, maka akan kedengaranlah ramai yang menyebut Francisco Franco..dan.......err -.-'
walaupun sebenarnya saya pun tak tahu siapa tokoh sepanyol yang mereka selalu sebut, tapi kita perlu tahu bahawa Tariq bin Ziyad serupakan seorang tokoh yang sangat berjasa lagi gagah perkasa membawa cahaya Islam ke Sepanyol. Melenyapkan kebodohan, kesengsaraan, dan ketakutan rakyat Sepanyol ke atas kerajaan mereka sendiri, iaitu kerajaan Rom yang menganut Kristian.

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgho bin Walfajun bin Niber Ghasin bin Walhas bin Yathufat bin Nafzau adalah putra suku Ash-Shadaf, penduduk asli daerah Al-Atlas, Afrika Utara. Beliau lahir sekitar tahun 50 Hijriah. Beliau ahli menunggang kuda, menggunakan senjata, dan ilmu bela diri, berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata.

Dikisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka (penduduk Al-Atlas, Afrika) menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Gabenor Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan selepas zaman Khulafa' Ar-Rasyidin.


PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA
Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, iaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kepada Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.

Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,
”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan ,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Parsi, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :

“Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Prajurit-prajurit mengatakan bahawa tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Thariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah mahupun persenjataan. Namun semua itu tidak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.



Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol.

Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan yang sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik. Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berjaya menakluki Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.


KEMULIAAN ISLAM DI SEPANYOL


Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku dan akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq untuk mengalahkan tentera Nasrani.

Selanjutnya, kedua general itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.
Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:

'Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasi bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.'

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa. Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat.

Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang diambil kerajaan. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komuniti mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.
Seorang penulis Kristian terkenal menulis:

Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.

Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan sesuatu yang lain yang mungkin lebih baik untuknya. Saat merancang penyerbuan ke negara-negara Eropah yang lain, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damascus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damascus. Tidak lama kemudian, Thariq meninggal dunia di sana. Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama lapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmati Thariq bin Ziyad.

Bagi saya sendiri, saya telah membaca dan memahami kisah Tariq bin Ziyad ini di dalam Novel Sejarah Islam yang tidak asing lagi bagi kita, nukilan Abdul Latip Talib. Dalam masa kurang 2 tahun, pasukan Islam berjaya menguasai seluruh Semenanjung Sepanyol. Takbir. AllahuAkbar :'

Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 April 2014

Tanda kematian

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum.

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.




TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




APABILA IZRAIL MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Allah. Allah. Allah.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.

Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkanAsma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


TEMPAT INGGAL ROH.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


NOTA KAKI.
Yang lebih penting adalah kita persiapkan diri kita untuk manghadapi kematian. Allahu Akbar.
Wallahu'alam.
Alfun syukran. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 April 2014

Aurat dan bosan dan malas ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Alhamdulillah selesai exam mecanic. Dan hai korang ! well malam ni qadak balik drama Aku Ada Wali yang dah terlepas. Not just that, i got an inspiration to write this entry :) something usefull and goood for us :) Walaupun kita dah tahu, tapi kita selalu terlepas pandang bab aurat bila dengan  family. kankan ? 

First, Let's us watch this creative video 
Dan secara automatik bila tang aurat, maksudnya haramlah kita sentuh juga. Jangan kita bersikap terlalu ambil mudah dan memudahkan hukum agama demi kepentingan kita sendiri, apatah lagi sekadar malasmalas. patut kah ? tak patuuut. Alasan malas tunaikan yang wajib ni layak ditanam dalam tanah je bukan buang dalam tong sampah lagi. Bukn nak ajetajet bagus. Tapi hakikatnya begitu. Bukan semua orang faham agama, tapi terlalu ramai orang butakan mata dan pekakkan telinga tentang hukum agama ibarat kita akan mati kira2 599 + 199 + 1000 tahun akan datang. Walaupun err macam agak melampau conttoh tu *--', tapi itulah hakikatnya kita. Tahu tapi 'buatbuat' tak tahu. Astaghfirullah syaitonsyaiton
Jadi dengan siapa kita haram bersentuhan ? (bersalaman) 
Generally, group yang kita diharamkan bersalaman dan wajib menutup aurat adalah sama bagi lelaki dan perempuan. Tukar istilah jelah. Dalam ahli keluarga bagi pihak perempuan, yang wajib kita tutup aurat adalah kepada pakcik-pakcik mendatang (ipar), sepupu-sepapat, saudara tiri dan atok-atok saudara lelaki yang mendatang. Anak-anak saudara kepada suami pun kena tutup aurat juga kerana hukum aurat kepada mereka adalah haram sementara. Means kita masih akan jadi bukan mahram kepada mereka-mereka andaikata kita bercerai dengan suami(nauzubillah). pahe dok ? Mudah difahami bila kita betul-betul faham.
pahe dok ? dah banyak pulak tanya. Mohla fahamkan tengok pic berikut.

Tetapi tidak perlulah merasa terkongkong. Bersangka baiklah dengan Allah yang maha adil. Keyakinan kita padaNya yang tidak berbelah bagi insyaAllah ada nilainnya di mataNya yang Maha Menilai. Kita disuruh menutup aurat. tapi bukan membalut aurat. ye ^^ Bagaimanapun caranya yang paling baik dan mudah bagi kita. Tidak perlu susahkan diri. sempoii

Ah i know u minat UAI kankan...hee padahal kita yang minat ni. Btw, adalah lebih baik kita sendiri mendengar pandangan ustaz beserta dalilnya sekali. InsyaAllah lebih banyak pencahayaan di situ  Buanglah rasa jemu dan malas kita mendengar ceramah. Bukan selalu ek. Wahai hati, mohla dengar cermah ustaz Azhar nii..UAI ni, tak bosan tak luak masa pung. cool gituu


Aurat Isteri Dengan Keluarga Suami


Aurat Abang Ipar Dengan Adik Ipar Perempuan


Aurat Wanita

Isteri dan ayah tiri


Akhir kata, marilah menonton Aku Ada Wali. thihiii

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Koleksi Mutiara Kata Tok Guru Nik Aziz

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum dan hai ^^

kita tolak tepi dahulu fahaman politik. Sama-sama kita renungkan dan hayati Kata-Kata Hikmah Ulama' berpengaruh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah




"Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa
sebab tumitnya sudah keras.

Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah."

"Demikianlah juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa."


Mari beristighfar
"Astaghfirullahal'azim"




"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."





"Hidup regu mati, seperti pagi regu petang. Dunia regu akhirat dan syurga regu neraka. Kesemuanya dicipta Allah mempunyai regu... yang tiada regu hanya Allah sahaja..."

"Kita semua merupakan tetamu... tetamu ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh pandai-pandai buat apa yang kita mahu. Saya sebagai Menteri Besar, jika datang ke rumah tuan-tuan, tidak boleh lakukan apa yang saya mahu kerana saya tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah SWT di bumi... sampai masa kita akan kembali kepada Allah.."

*REGU bermaksud : Pasangan
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 April 2014

Kegembiraan sementara untuk yang abadi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Alhamdulillah for today :) Tanggal 11 April 2014. Terima kasih atas semua ucapan dan doa. Sesungguhnya setiap doa yang baik2 pasti kembali yng mendoakan. Allah juga selamatkan dan merahmati kamu semua. 
Kepada Fatini Amanina binti Rushdan a.k.a.. ehemm kembar saya ; sekarang haluan kita berbeza, namun perjuangan dan destinasi kita tetap sama. Semoga umur kita sama-sama sentiasa terisi dengan iringan keredaan Allah dan Sehingga kita dipertemukan semula di syurga berpimpingan tangan kerana bersahabat dan saling mengingatkan keranaNya bersama juga rakan-rakan yang tidak terhingga kasihku kepada mereka, Fraternity, 29tyFive, prefrance, n others. Doaku untukmu..rahsiaaa haaa. Harapan bersama adalah untuk disuarakan dan doa lebih baik kita baca ikhlas kerana Allah  kan fatini kan.. :p
Ehem. The first yang wish birthday, CERDIKNIGHT. Shafiqah sharifudin. Tqvm ! 
Sedikit masa saya ambil selepas seharian menuntut ilmu, untuk mencurahkan rasa terima kasih yang tak terhinggalah.. haha rasa nak loncat pulee *poyo je macam dapat banyak hadiah dan ada birthday party dan semua orang buat surprise birthday kan.  haishh berangan lagi manusia yang menulis ni. Semua orang sibuk nak exam takda masa cam dulu. Cece macamla diorang nak buat kalaupun tak exam haha *berangan lagi* Ok. Tampar muka sendirik *plap ! 
takla. Actually saya suka sangat orang mendoakan :) Mungkin doa mereka lebih diterima berbanding doa saya untuk diri sendiri. Indahnya ukhuwah dalam Islam. Bukan hanya 'hb !' tapi ada je iringan doa2 mereka. Mungkin nampak biasa, tapi saya sangat menghargai dan memuji sikap yang baik ni :)


Zaman semakin beralih dan hari lahir adalah satu peringatan dari Allah bahasanya usia kita semakin bersisa dan kematian semakin memanggil. sobss T.T Syukurnya Allah sentiasa kurniakan kita rasa syukur dan takut menghadapi hari kemudian yang belum pasti apabila tak cukup persediaan. Sedangkan dunia hanyalaaaah 
S E M E N T A R A. Sedang sibuk *membaca* dan senyum sendirian melihat mesej-mesej dan ucapan birthday dan dapat makan free  ,then bukak twitter and..Alhamdulillah. Allah sedang mengingatkan 
Betapa hinanya kita yang terlalu bergembira di dunia sedangkan ada dunia yang abadi sedang menunggu kita. Kerana MATI ITU PASTI. AllahuAkbar.

ini memang sentap. 
Sumber : Langit Ilahi.

Selamat Tinggal.
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Muhammad The Last Prophet

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum.  


Pada tarikh hari lahir saya ni, saya dengan rasa suka dan bangga publish entry ni. Sama2 kita lahirkan rasa cinta dengan mendalami sirah baginda SAW. Tarikh birthday saya ni sama dengan tarikh maulid Nabi masa saya darjah 5 ^^ Hope berulang lagi. Movie ni telah dialih bahasa ke bahasa Melayu. Lama dah cerita ni. Kalau tak silap saya first time saya tengok film ni masa umur saya baru 9 tahun. Tapi movie ni tetap di hati saya. Sebab memang menarik dan bagus sangat ceritanya. Lepastu bile saya baca kisah para sahabat dalam novel sejarah Islam hasil nukilan Abdul Latip Talib dan Al-Ghazali, saya dapat bayangkan melalui kisah dari movie ni. ya Allah beremang dan melelah air mata. 



Dari movie ni, kita dapat lihatkisah dari awal Nabi menerima wahyu, semasa mekah dipenuhi berhala, ketika Nabi menyebarkan dakwah secara sulit dan terbuka, ketika umat Islam berhijrah ke habsyah dan ketika Nabi dan Abu Bakr berhijrah ke Madinah, Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Khandaq atau Perang Ahzab. Dan juga menampilkan tokoh-tokoh dan para sahabat semasa sebelum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam seperti, Abu Talib, Abu Jahal, Abu Lahab, Umaiyah bin Khalaf, Amru Al-As, Hamzah bin Abdul Mutalib, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, Suhail bin Amru, Khalid Al-Walid, Keluarga Yasir, dan lain-lain. Wajah Nabi, Hamzah, dan Ali tidak ditayangkan sebagai pernghormatan kepada sahabat tertinggi tersebut. ke ada yang lain lagi ek ? saya x berapa ingat. Allahua'alam. Selawatlah ke atas Nabi. Sollahu 'Alaihi Wasallam. AllhuAkbar.
Muhammad Utusan Terakhir FULL Movie

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 April 2014

Don't Let Her Leave Islam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Well. Allah knows. La tahzan innallaha ma'ana 
DON'T LET HER LEAVE ISLAM

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai