-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

28 Jun 2013

Maafkan pembunuh jika hafal Quran

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.  
Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.


Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya.

Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.

Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.

Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.

Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.

Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.

sumber: billyinfo.blogspot.com

p/s : Indahnya memberi maaf. Tetapi memang hebat sangat pakcik ni kerana maaf yang diberi sangatlah besar iaitu atas satu pembunuhan orang yang sangat disayangi. Acane pulak kalau incident macam ni berlaku pada kita ? Agaknya awal-awal dah bagi penumbuk kat si pembunuh. Allahu'alam.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Fiza Elite berhijrah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 

Before terlambat nak beritahu korang, bahawasanya saya dah letak masterlinky dalam blog ni. Mudah untuk blogwalking insyaAllah . Tinggalkan link tau ^^ SINI
Walaupun mungkin semua orang dahpun tahu tentang ni, saya rasa seronok nak share and ambil pengajaran. Allah3 :)
Aktres yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah menerusi mimpi dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Pada 8 Jun lalu, produser Zeel Productions, Fadzil Teh beritahu Juwie yang Fiza sudah bertudung sekarang. Terus Juwie telefon Fiza. Katanya, sudah empat hari dia pakai hijab setiap kali keluar rumah dan berharap ia kekal selamanya.

Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup. Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat. Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.

Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir.
"Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya."
"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.


Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.
"Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.

"Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu. Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi. Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu,"

kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.


Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.
Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan. Jika nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program pelancongan atas cadangan Along Sweet Child dan isterinya - Bharian

Moga kita semua terus dalam hidayah Allah .Amiin :)

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

27 Jun 2013

Ilmu yang perlu dihargai

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum. Hai 
Alhamdulillah keluar dengan umi and my bro pagi tadi kat muar n tangkak. So what ? I learned so many things after the meeting with many people and hearing a lot of their fairytail. Takde kena mengena dengan fairytopia barbie and so on bile sebut fairytail kan. Biaselah senanya manusia ni kalau dalam kereta tu siapa je dok diam. Sama ada dengar radio, ceramah, tido, or berbual sepanjang jalan. Makan ? hihi tak elokla asyik nak makan je . *dushh ! But here i'm not going to tell everything, just nak kongsi part paling menarik bila cerita tentang 'ILMU'. Bila kita menyampaikan ilmu kena ikhlas, macam tu jugak bila kita menerima ilmu. 
Kisah menarik yang saya dapat Macam yang kita sedia maklum, biasanya penceramah ni ada elaun dari Majlis Agama Islam termasuklah penceramah bebas. Tapi biasa kita lihat, bila jemput penceramah kita bagi dia duit tak ? Bagilah biasanya. Berbeza dengan satu kampung ni. Bila jemput penceramah, tak bagi apepun. Sebabnya nak tahu kenapa ? Sebab mereka kata penceramah ni dah ada elaun.   ?
AllahuAkbar.
Bukanlah penceramah ni nak berkira or tak ikhlas sampaikan ilmu *macam aku pulak si penceramah , cumanya kita memberi tu sebagai tanda penghargaan kepada pencermah tersebut sekaligus menghargai setinggi-tingginya ilmu tu . Ilmu tu yang sangatlah berharga. Lagi menarik yang berlaku, bila penceramah tu sampaikan ceramah best, tambah duit. Itu takpe lagi, yang pencermah rsa cam tak best je, siap kurangkan pulak duit. Thihii ini lawak + menyedihkan. Alahai tak perlulah rasanya sampai nak kurangkan . Cam nak tak nak bagi pulak.


Alkisah..

Seorang pakar organisasi Amerika yang namanya telahpun saya lupa, berkata : jika kita mahu lihat organisasi kita maju, pertama sekali kita perlu menjadi sebuah organisasi yang mementingkan ilmu. Keduanya, kita perlu memastikan ilmu itu berada dalam genggaman organisasi kita. Cuba semak, organisasi kita begitukah?

Salah seorang ustaz yang pernah bahkan banyak kalipun bagi cermah kat kampung tu pernah cakap, kat tempat lain semua bagi kecuali kampung yang dirahmati Allah tersebut. Haa tu dia. Ustaz tu pun ada cakap, yang dia pun memang tak kesah tentang tu, takdelah rasa takpuas hati, nak marah n so son. Cumanya, ubahla sikap yang kurang elok tu. Raikan orang yang berilmu. Sikit pun jadiklah kan ^^
InsyaAllah nak cite tu jek. 


  • Niat yang ikhlas
  • Beradab kepada orang yang memberi ilmu
  • Bersabar dalam menuntut ilmu.
  • Tulis setiap yang dipelajari
  • Rendah diri
  • Menjauhi daripada kenyang berlebihan
  • Tidur yang sedikit
  • Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

26 Jun 2013

Subhanallah ! Pendeta Yahudi Peluk Islam Melalui Internet

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. Hai 


Keterujaan untuk berkongsi mengenai ni. Ada manfaatnya sikit sebanyak for us insyaAllah  :)


Seorang pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah mengemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam. Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab.

Lebih menggemparkan ialah beliau turut membawa beberapa ahli keluarganya yg lain termasuk isteri dan anak2nya berhijrah meninggalkan agama yahudi dgn memeluk Islam…

Sejarah keislaman beliau bermula dari saat beliau berkenalan dengan seorang daie dari Kuwait melalui internet. yang banyak memberikannya kesedaran dan pendedahan akan hakikat Islam. Hampir 2 tahun lamanya mereka berhubung hinggalah akhirnya beliau diperkenalkan pula dgn seorg Daie lagi di al-Quds, Palestin.

Dari situlah akhirnya Allah swt menguatkan serta membuka pintu hati beliau utk menuturkan kalimah Syahadah hingga akhirnya isteri dan anak2nya juga turut sama mendapat hidayah Allah swt dgn memeluk Islam. Alhamdulillah :')

Di peringkat awal keislamannya beliau telah menempuh berbagai kesusahan dan tekanan2 termasuk dari 2 orang tuanya yang masih beragama yahudi.

Antara yg turut memberikan tekanan dan gangguan hebat ialah pihakKementerian Dalam Negeri Israel sendiri dan persatuan ’Syaas’ yg pernah dianggotainya sblm ini …di mana beliau telah dituduh konon ditimpa penyakit gila, gangguan fikiran dsb…di samping itu pula banyak hak2 beliau sebagai rakyat Israel dinafikan oleh rejim Israel yg sangat menguji keimanannya yg baru tersebut…

Setelah puas menempuh pelbagai rintangan dan tekanan akhirnya beliau berjaya juga melepasi kesemua halangan tersebut dan berjaya pula mendapatkan pengiktirafan serta hak2nya sebagai warga negara yg telah dinafikan sebelumnya ..

Kini Yusof mula bergiat cergas dlm amal2 dakwah dan kebajikan di sekitar kota al-Quds bersama2 rakan arab yg lain..

Sila lihat video di bawah: *bukan lihat je tapi sila klik play dan tonton ^^


credit

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Jun 2013

SYRIAcare

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. 

Perkembangan syria yang seterusnya. Pertamanya kita harus faham apa yang berlaku di syria. Boleh baca sini lagi >TEKAN. Then kita harus tahu bahawa apa yang berlaku di syria bukanlah satu pemberontakan seperti yang didakwa oleh beberapa media seperti surat khabar. Tak betul sama sekali ye. 
Apa yang berlaku adalah disebabkan pemimpin syria  sendiri yang merupakan puak syiah juga kejam terhadap rakyat syria yang majoritinya adalah 'sunni'. Sedara kite tu, takkan nak buat tak tahu je oii. Bedosa kita kalau kita sokong iran dan pemimpin syria membabi buta. AllahuRabbi. Sebelum teruskan membaca, saya nak bagitahu yang cerita bawah ni dikopi dan pasta dari pemilik akaun fb INI sampai yang ade 4 titik tu. Moga Allah merahmati dan melindungi beliau insyaAllah.



Berkesempatan menziarahi Prof. Dr.Ali As-Salus, Presiden Badan Syariah bagi Hak dan Kebebasan semalam.

Belum sempat lagi saya dan teman-teman berbual panjang, soalan pertama beliau kepada kami "Bagaimana keadaan Syiah di negara kamu?" Maka topik perbualan beberapa minit itu berputar penyebaran Syiah.

"Saya bimbang penyebaran Syiah di Malaysia, Indonesia.." kata Dr.Ali yang juga Pensyarah Usul Feqh Universiti Qatar.

"Tidak dapat tidak melawan Syiah bukan dengan "taqrib" tapi dengan "penentangan". "Taqrib" iaitu usaha untuk mendekatkan antara Sunni dan Syiah yang sebelum ini menjadi pendirian Syeikh Yusuf Qaradhawi tetapi menurut Dr.Ali, sekarang Syeikh Qaradhawi telah mengubah pendirian.

Syeikh yang berusia 80 tahun itu diberikan penghormatan menyampaikan ucapan alu-aluan di Muktamar Syria di Stadium Tertutup Kaherah dengan kehadiran Presiden Mursi berkata, "Syiah dan orang Iran, kalau mereka datang ke Mesir, kami akan sambut dengan kasut."

Beliau berkali-kali menafikan dalang pembunuhan umat Islam di Syria adalah agenda dari Yahudi. "Bukan Yahudi, yang bunuh Sunni di Syria ialah Syiah. Iran, Hizbullah, Nusairi..Kena ingat, Nusairi (Syiah yang dianuti oleh keluarga Basyar) adalah lebih bahaya dari Yahudi dan Nasrani."

Sebelum beredar, saya bertanya isi ucapan beliau di Muktamar Syria, Sabtu lalu yang disiarkan secara langsung oleh tv dan radio Mesir. "Ya, saya sebut bahawa saya syukur kepada Allah kerana Dia melanjutkan usia saya sempat melihat seorang pemerintah Islam yang ingin melaksanakan syariat Allah."

Pertubuhan ulamak yang diketuai oleh Dr.Ali ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam untuk turun ke dataran Raba'ah Adawiyah, 21 Jun dan menyeru rakyat Mesir untuk bersama-sama mempertahankan "syar'yyah" Mursi sebagai Presiden yang sah.
. . . .




Semalam umi saya add saya dalam satu group iaitu group 'beza syiah dan sunni' kat fb. Kira macam bahas untuk kita faham kenapa kita harus bela sunnah . Bila saya baca and belek-belek beberapa posting, oh Alhamdulillah baguslah banyak yang saya tak tahu kan. Tapi yang mengerutkan dahi saya yang tegang ni, seorang lelaki malaysianlah islam boleh pulak cakap dia tak sokong mana-mana antara sunni mahupun syiah. Dia kata, dia hanya ikut sunnah dan Quran. Banyak jugaklah komen dia and komen orang lain yang boleh saya katakan sebagai perbalahan . Sebabnya berbeza pendapat cuma pada saya lelaki tu kena lebih banyak belajar dan faham . Bila orang nak bagitahu, janganlah kita sombong, seolah-olah kita tahu semua dahh.

Bukannya kita ni nak berlaga-laga antara umat islam, tetapi kalau kita betul-betul faham apa yang berlaku, kita akan akui bahawasanya syiah bukanlah sebahagian dari islam. Maafkan saya, saya menulis dan bercakap kerana saya dah tahu. Kalau tak, saya tak berani oii.

Pegangan kita adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Kita ikut nabi, dan menghormati serta mencontohi para sahabat dan salafussoleh. Syiah juga percaya Allah dan Rasul tapi membantah dan menghina habis-habisan Saidina Abu bakar, Umar, Uthman, dan Saidatina Asiyah RA ? Syiah sajakah yang sayangkan Saidina Ali Karamallahuwajhah sehingga menghalalkan mereka menzalimi fahaman lain khususnya sunni ? eh bukan itu je yang syiah buat, bahkan lebih sampai terlalu melampau ! Boleh klik floating button 'Revolusi syria' kat belah kiri blog saya yang terapung tu. 

Allahu'alam. kita kena tahu orang islam malaysia pun ade je yang syiah. Nanti saya cerita pulak camne kita nak tahu seseorang itu adlah syiah. Ok saya nak sambung baca perbezaan antara Hamas dan Hizbullah. Kalau ada masa dan kesempatan saya nak share pulak berkaitan hamas dan hizbullah ni. Moga Allah bimbing dan beri kefahaman yang benar untuk kita semua. Amiin.


Barakallah.. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Jun 2013

Tips Khatam Quran RAMADAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum. Hai 

Video bawah ni adalah iklan super awesome yang 'belum' ada kat Malaysia. Memandangkan Ramadan pun dah makin hampir, macam yang kita sedia maklumlah kan--bila Ramadan Kareem datang, memang kita senanya kena wajibkan diri kita untuk baca Quran berkali kali kali kali ganda banyak. Kalau sebelum ni nak khatam sekali pun maybe sampai 3 hingga 4 tahun tu, *ha punye lama kau* bila Ramadan, sampailah peluang kita untuk khatam cepat. Better kalau kita mulakan dari awal (surah Al-Fatihah) pada 1 Ramadan . InsyaAllah.
Jangan baca Al-Quran cam biasa je, tak teraselah istimewanya Ramadan cenggituu. Gandakan usaha kita untuk meraih reda dan pahala dalam bulan yang barakah ni. Lepas tu kita cubalah teruskan usaha-usaha untuk istiqamah walupun sikit. ye dak ? . ^^ Jadi hamba ALLAH bukan hamba bulan ramadan. Ada beza di situ.
Iklan yang patut ada di Malaysia #3

So let's watch this benefical video . ecehh
Best tak ? Beriya macam nak tonton cite Feith pulak ye. nope la ^^ i mean video ni very simple n 'meaningfull'. Whoever got the 'meaning' means dia dapatla. err
Confirm ramai gak antara kita pun mengalami masalah yang sama iaitu bilamana kita beriya-iya nak khatamkan Quran tapi ehhh tak menyempat-menyempat. Ada je halangan yang menyebabkan tak boleh nak khatamkan khususnya kaum muslimah kerana masalah uzur syar'ie. So membaca Al-Quran dalam iklan ni memang satu cara yang cap jempol. Daebak ! Sementara menunggu bas pun boleh baca. Kalau jenis yang pening baca dalam kereta macam saya, boleh je baca masa lampu isyarat merah. Try dulu, lama-lama biasalah. Dulikkan org nak cakap ape kan. insyaAllah boleh khatam ^^
Lagi satu cara nak mengelakkan perasaan 'riak'  datang tanpa diundang, kita bolehlah 'pura-pura' supaya orang tak perasan kan. Bukan berpura-pura baca Quran tapi berpura-pura seolah-olah kita tengah buat benda lain supaya orang lain tak perasan . Cenggini


  •  Lepas je kita habis baca Quran untuk satu-satu masa (nak sambung lagi), kita catat surah apa, muka surat berapa dan yang berkaitan dengannya kat notebook, handphone or mana-manalah.

  •  Then bila kita nak keluar, and masa tu pulak ada masa terluang so kita grab peluang keemasan tu dengan bukak quran kecik kita. Tapi takut orang nampak pulak ? *tak kisahla kita masa tu dalam kereta ke, kat kedai kereta ke, tengah tunggu nasik masak ke atau yang bersekutu dengannyalah .
  •  Bawaklah buku lain yang lebih besar sikit or agak-agak boleh cover Quran kesayangan kita tu. Letak Quran di sebalik buku tu, n baca ^^


Maka insyaAllah dengan cara ni peratus riak datang dengan bantuan syaitan laknatullah tu akan berkurang. InsyaAllah. Lagipun pada zaman globalisasi yang dipenuhi dengan kecanggihan teknologi ni, bukankah ramai benau orang yang dah guna handphone 3G, 4, 5G, handphone teknologi canggih *htc, galaxy, melodi,tablet, ipad, pod dan sebagainya ? so gunalah kemudahan tu dengan baik. 
Pergi kat permainan google*GooglePlay, then search je Al-Quran android. Bukannya satu je ada. Banyak bah. Kita je yang balik-balik download game tak sudah-sudah, apeke game Angry Bird pun semuanya nak main. Sudah-sudahla tuu. Saya pun pengguna samsung galaxy gak, tu pasai khabaq sekali sini, supaya tak lupe. hihi
Lepas dah download mana-mana aplication yang berkenan di hati tu, haa apalaii ? Refresh balik tips atas tu. Bezanya, kita tak perlu susah-susah nak nyorokkan Al-Quran balik buku lain, baca ajelah kat hp tu.  Bila kita anggap senang, insyaAllah takdelah datang rasa susah, leceh, dan sebagainya . Chillah, boleh main game, doplohpat jam, takkan fokus baca Quran 30 hari je pun tak boleh gak kann. hihi insyaAllah fighting !
Ok bai dulu sini . Petang ni saya nak buat medical check up setelah settle bank in duit pendaftaran Unikl MFI pagi tadi. Semua buat sendirik, saya okay saya dah besar. Alhamdulillah .

Barakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Jun 2013

Shaaban saranghae

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Salam 15 syaaban yang mulia 

So far cammana kita sambut bulan syaaban ? Masih goyang kakikah ? or online or dengar ceramah sampai tertidokk kah ? Haha nopela. Kita kan dah 'besar'. Sikap yang keanak-anak ikan itu harus dihanguskan . Anak ikan apekah ? Semenjak dah tak study BM lagi, BM aku main hentam cakap saja. eh macam same je sebelum ni pun --' maafkan saya cikgu2 bm -..- berhenti merepek and InsyaAllah tukar sikap yang out dated tu kepada >Ngaji, puasa banyak-banyak tau. Lebih baik bilangan hari masa kita puasa bulan syaaban ni lebih banyak dari bulan lain-lain sebagai mencontohi Rasulullah SAW.
Dari Aisyah r.a katanya : Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Apa pulak malam nisfu syaaban ? Sure ramai yang dah tahu. Takpe saya coretkan buatnya saya lupa nanti boleh check sini balik insyaAllah ada jugak manfaatnya. 
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"

Nabi Muhammad berkata : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." 

Lagi satu yang saya rasa sangat menarik & saya pun baru tahu tentang ni.

" شعبان "

Dari Yahya bin Muaz bahawa di berkata  : "Sesungguhnya di dalam kata Syaaban itu mengandungi lima huruf yang masing-masing huruf merupakan huruf singkatan kurnia kepada orang-orang beriman. 

'Syin' ringkasan kata 'Syarofun wa Syafaatun' ertinya kemuliaan dan pertolongan
'Ain' ringkasan kata 'Al Izzatu wal Karomah' ertinya keagungan dan kemuliaan
'Bak' ringkasan kata 'Albirru' ertinya kebaikan / kebagusan. 
'Alifun' ringkasan kata 'Ulfatun' ertinya rasa kasih sayang dan 
'Nunun' ringkasan kata 'Nurun' ertinya cahaya." Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Subhanallah ^^




Malam Nisfu Shaaban Nabi Muhammad.
Dari Siti Aisyah RA berkata : 

Semasa Saya tidur bersama Nabi Muhammad SAW maka saya terbangun, saya tidak mendapatkan nabi, lalu saya menjadi bimbang dan saya mengira Beliau pergi ke salah satu isterinya di saat giliran saya. Lalu saya pun mencari beliau di rumah-rumah mereka dan ternyata tidak jumpa / tidak ada.

Kemudian saya pergi ke rumah Fatimah ra, lalu saya ketuk pintunya, maka teguran dari dalam rumah tersebut : "Siapakah yang ketuk pintu ? " Jawab Aisyah RA : "Saya , Aisyah. Saya datang ke mari di saat ini untuk mencari Nabi Muhammad SAW."

Maka keluarlah Ali, Hasan, Husain dan Fatimah ra. Berkata Aisyah RA : "Di mana kita mencari Nabi Muhammad SAW ? "Mereka menjawab : " Mari kita cari Beliau di masjid." Kami pun semua mencari Beliau tetapi tidak menjumpai. Kata Ali ra " Mungkin Nabi pergi ke Bagi'il Ghorgqodi ( nama tempat yang di sana banyak pohon yang indah ). Maka kami semua pergi ke tempat tersebut dan pada saat itu ada sinar yang memancar ke atas dari tempat tersebut.

Kata Ali ra: "Cahaya tersebut tidak lain merupakan cahaya Nabi Muhammad SAW. Kami pun mendekatinya dan kami temui Nabi tersebut dalam keadaan sujud sambil menangis, yang tidak seorang pun yang merasakan apa yang baginda rasakan. Dan beliau tunduk dengan tekunnya sambil mengucapkan dalam sujudnya : "Apabila Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan apabila Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."

Ketika Fatimah mengetahui Beliau, maka dia berhenti dekat kepalanya serta mengangkat wajah Beliau dari tanah dan berkata : " Wahai ayah, apa gerangan yang menimpa engkau, apa ada musuh datang ataukah ada wahyu turun ?"

Nabi Muhammad SAW menjawab : "Ya Fatimah, tidak ada musuh yang datang dan tidak ada wahyu yang turun akan tetapi malam ini adalah malam BARO'AH (malam Nisfu Syaaban) saya memohon kepada Allah."

Dan baginda berkata pula: "Ya, Aisyah, kalau sekiranya hari Kiamat telah datang, maka saya sedang sujud dan saya mohon pertolongan kepada Allah."
Kemudian Rasulullah SAW berkata : "Apabila kamu sekalian menginginkan keredhaan maka sujudlah kamu sekalian dan tolonglah aku dengan doa dan merendah diri kepada Allah." Nabi bersabda kepada Ali ra : "Ya Ali sujudlah engkau carilah orang lain. Ya Fatimah wa Ya Aisyah sujudlah kamu berdua dan ajaklah anak-anakmu dan wanita-wanita lain." Maka mereka pun sujud dan menangis sampai fajar subuh.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.

InsyaAllah nilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN : 

"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."


 Allahu'alam.


Barakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 Jun 2013

Harta Qarun sekarang milik siapa ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Hai  


HARTA QARUN SEKARANG MILIK SIAPA ?

Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Surah al-Qasas : 81


Harta Qarun dah terbenam dan mencair ke dalam perut bumi dan agaknya dah bertukar pun menjadi aliran minyak yang dijaluran disekitar negara-negara yang berjiran dengan Mesir, khususnya di Timur Tengah. Hari ini orang yang kaya didunia termasuk raja-raja dan kaum kerabat pemerintah negara umat Islam adalah terdiri mereka yang memiliki telaga minyak yang dikorek dari dasar perut bumi. Tokey-tokey minyak nilah sebenarnya yang telah mewarisi harta Qarun tersebut. Mereka menjadi raja yang kaya raya dan kembali meleburkan kekayaan mereka menjadi emas dan perak. Cuba lihat senarai raja yang paling kaya. Bukankah kebanyakannya orang Islam? *yang bold tu adalah raja Islam* Bangga apabila semakin ramai orang Islam yang kaya. Tetapi dari segi ape je yang kita harus bangga ? untuk tak membebankan neuron-neuron dalam otak ni, meh kita teruskan membaca. AllahuRabbi.


SENARAI RAJA TERKAYA DI DUNIA

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand Harta: RM96 bilion
2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei : RM64 bilion
3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi : RM58 bilion
4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) : RM48 bilion
5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai : RM14 billion
6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein : RM11.2 bilion
7. Raja Mohammed IV, Maghribi : RM8 bilion
8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar : RM8 bilion
9. Putera Albert II, Monaco : RM3.2 bilion10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan : RM2.6 bilion


Sebahagian besar 'terlebih harta' kerana petroleum. Mereka dari negara umat Islam tetapi banyak negara Islam yang masih lagi ketinggalan dan miskin, kadar celik huruf dan pendidikan yang rendah. Kebanyakan harta mereka dicairkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Betapa kuatnya ekonomi umat Islam jika ia digabung dan menyelamatkan ekonomi negara umat Islam tetapi apa sebenarnya minat mereka? Kemana harta ini dibelanjakan? So jom kita lihat dua contoh:-


Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan

Warga negara UAE yang dua tahun lalu membeli kelab sepak bola Liga Primer Inggris, Manchester City sebanyak £210 juta (RM1.1 bilion) untuk membeli 90 peratus saham bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Mansour mempunyai kekayaan peribadi berjumlah £15 bilion (RM78b) mengatasi Abramovich (pemilik Manchester City) yang memiliki kekayaan £7b (RM36.4b). Salah seorang daripada 19 anak Sheikh Zayed bin Sultan al Nahyan yang juga kaum kerabat diraja Abu Dhabi, di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dia juga ahli kabinet Abu Dhabi selain menjadi pengerusi kepada First Gulf Bank dan International Petroleum Investment Company. Beliau membeli share Ferrari berharga £19j dan memiliki pencakar langit di New York yang terkenal iaitu Chrysler Building bernilai USD800j. Dia dan kaum keluarganya dianggarkan mempunyai kekayaan AS$1 trilion (RM3.5 trilion) yang banyak digunakan untuk membeli aset asing .



Beliau membeli lagi share Manchester City melengkapkan 100%. Kini beliau berberbelanja besar dengan pembelian beberapa pemain yang melebihi nilai sebenar seperti membayar £135million untuk menukar untuk Cristiano Ronaldo dari Manchester United , Yaya Toure ke City yang berharga £28 juta pound (RM 138.5 juta) dan Angel de Maria 40 juta Euro(RM 165.8 juta) Kolarov menyertai City bulan lalu dengan harga £16 juta. Sebanyak £33million untuk Real Madrid's Brazilian superstar, Robinho sebagai sebahagian daripada perbelanjaan mewah Sheikh Mansour, pemilik kelab terkaya di Liga Perdana, membelanjakan lebih daripada £100 juta demi menjadikan kelab tersebut sebagai kelab terkaya. *nak baca kisah harta je dah jenuh. hebat tak hebat kan.

Perbelanjaan ni je insyAllah cukup untuk membangunkan sebuah Negara Palestine . AllahuRabbi.

Sultan Hasanal Bolkiah

Seorang Raja Melayu , pemerintah beraja negara terkaya di dunia, Brunei Darul Salam. Sejak dilahirkan lagi, baginda sudah makan dan minum menggunakan garfu dan sudu emas seta memakai pakaian yang di saluti emas tulen. tulen ye. Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi di saluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya. *110 !  Di istana ini terdapat 650 suites dan setiap satunya bernilai tidak kurang 150,000 ribu euro. dahsyat tak dahsyat .

Beliau memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapalterbang yang berlapis emas. Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas, closet emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , bilik air dari emas.

Ffuuh agak penat bila sebut berkaitan harta orang kaya kampung pisang ni. wah sesedap mulut je yek. Astaghfirullah. Lihatlah koleksi ini:-



jamban pun hentam emas gak. Bergaya sugguh.


Allah . Allah. Allah. Tatkala ramai umat Islam di belahan dunia ini contohnya di Kenya, Bangladesh, Afrika dan lain-lainnya bertarung dengan kemiskinan dan kebuluran, di kala itu jugalah kita melihat para pemimpin umat Islam hidup dengan penuh kekayaan dan kemewahan. Kisah di atas hanya berkisar dengan kekayaan antara 57 para pemimpin Islam. Jika kita himpunkan kekayaan milik seluruh para pemimpin umat Islam yang ada hari ini kita yakin ianya cukup untuk menyelesaikan masalah kefakiran dan kemiskinan yang berlaku di dunia umat Islam itu sendiri. Inilah akibatnya apabila sistem ekonomi Islam dibakul sampahkan dan sebaliknya yang digunapakai adalah sistem ekonomi Kapitalisme.

Kekayaan di dunia umat Islam itu khususnya dan dunia umumnya hanya berlegar di sekitar golongan tertentu semata-mata sedangkan Allah SWT berfirman:

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. Surah Al-Hasyr (59) : 7

Qarun yang asalnya sebagai penolong Musa a.s dan pencatat Taurat akhirnya tertipu dengan emas dan perak serta kemewahan dunia akhirnya bersekongkol bersama Haman dan Firaun menentang nabi Musa a.s. Kalaulah harta bendanya digunakan untuk membantu Islam !


إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa (Bani Israel, sepupu Musa) maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya Berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". Surah al-Qasas: 76


فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ . وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar". Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar". Surah al-Qasas : 79-80


Ibn Qudamah (al-Mughni): Haram bejana emas/perak kerana berlebihan (mubazzir) dan kesombongan.


NOTA KAKI.
Sampai bila kitaran kekayaan ini berlegar dikalangan golongan tertentu sahaja khususnya pemimpin-pemimpin di nagara umat Islam sedangkan rakyat dan umat Islam masih lagi melarat. Jadi patutke senanya kita sekadar berbangga bahawa orang kaya adalah orang Islam. Apakah yang sepatutnya menurut ajaran Rasulullah Saw. Siapakah yang sanggup mendakwahi mereka ?

P/s : Sultan brunei memang pemurah bagi rumah dan mcm2 kat rakyat dia. Ada org kata kalau kawin dapat rumah. Saya tak pastilah. Kereta vios macam kancil je kat sana. Susah nak dapat kerakyatan brunei ni tau sedangkan warga asing datang malaysia senang dapat penduduk tetap. Kalau brunei memang sorry lerrr. Brunei juga menjalankan undang2 syariah/hudud. Kalau nak cite dan comparekan dengan sultan kat malaysia kang kena tangkap pule. kuhkuh. Btw bagi sayalah, bagus ape raja islam kaya, cumanya. cumanya ye, tak payahlah sampai semuanya nak emas, kalau yang emas-emas tu bukan emas, harta-harta sememangnya sangatlah patut untuk diberikan sebagai bantuan kepada negara lain khususnya islam cam Palestin, syria n lain-lain. Maaf jika saya silap kata dan bahasa. Allahu'alam.


Syukran. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Jun 2013

Do we care for syria ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. 

Mungkin orang tak pandang pun entry saya yang dikit ni memandangkan ramai yang dah tulis berjela-jela berkaitan ni sama ada di fb mahupun media sosial yang lain. Takpelah kalau cenggitu saya jadikan pengisian ini sebagai nasihat dan bekal untuk diri saya dan yang sudi membaca hingga habis. InsyaAllah saya harap adalah nilai dan manfaatnya walau mungkin tak banyak bagi orang lain. Bagi saya, tak ada seorang islam pun yang sedang duduk atas kerusi dengan aman cam kita di Malaysia ni patut buat tak tahu atau malas nak ambil tahu. patut ke ? tak patutt


Saya tengok series teruk melampau keadaan negara islam timur tengah, syria. Tengok post2 kat mukabuku berkaitan syria itu dan ini, inu dan sana dan gitu-gitulah. Jadi untuk kita yang sememangnya dahagakan ilmu ni, hari ni saya spend search anything about this big crisis to our sunni sambil dengar nasyid Man Ana. memang beremang tak berhenti saya baca berkaitan syria dengan lagu yang macam ajak saya angkat senjata sekarang jugak.  Alhamdulillah saya fahamlah bila dah baca and saya yakin kesahihan sumber yang ni. insyaAllah . >SINI< Baca sampai habis baru boleh faham tau 


Yang berbeza adalah krisis di syria berlaku antara SYIAH vs SUNNI. Opkosla kerana kehinaan syiah yang melampau 'meghina' dan memporkotak-katikkan sunni tahap kejam sampai boleh nangis tengok video-video berkaitan. Nampak tak siapa yang hina sebenarnya di situ. Syiah macam yang kita tahu juga adalah islam. Tapiii itu zaman nabi. Sekarang syiah, walaupun pakai serban n lain-lain yang macam penceramah zuhud tu, sikitpun kita tak boleh bersefahaman dengan meraka kerana meraka bukan lagi boleh diiktiraf sebagai islam. 





75% penduduk syria adalah Muslim-sunni malangnya kerajaan Syria dikuasai oleh parti Baath iaitu diwakili minoriti Alawi yang hanya 3-4%. Minoriti Alawi ini bermazhab Syiah Nusairiah malah berideologi sosialis. Bashar al Asad telah mengambil alih pemerintahan daripada Hafiz al Assad pada tahun 2000 dan meneruskan kekejaman dengan beberapa insiden kemanusiaan seperti peristiwa berdarah Qamisyli pada 2004 dan 2008, peristiwa Hasakah pada 2004 dan peristiwa penjara Soydana. Tragedi 2011 hingga hari ini adalah yang paling trajis di mana telah meragut nyawa ratusan ribu rakyat Syria yang majoritinya adalah Muslim-sunni. Allah3.


Sheikh Abdul Aziz Baz berfatwa bahawa wajib memberi bantuan kepada umat Islam yang dizalimi oleh rejim Al Assad. Sheikh Yusuf al Qaradhawi dengan tegas menyatakan bahawa wajib bagi rakyat Syria untuk  bangkit menentang rejim al Assad malahan menggesa jemaah haji berdoa untuk kehancurannya. Sheikh Ali al sabuni yang baru-baru  ini berada di Malaysia dengan tegas menggesa umat Islam untuk melakukan apa sahaja termampu bagi membebaskan rakyat Syria .

Photo: Sebuah kereta yang membawa bom telah menyerang berhampiran bandar utara Syria Aleppo, membunuh sekurang-kurangnya 60 anggota tentera Presiden Bashar al-Assad, aktivis telah memberitahu Al Jazeera.

Mohammad al-Hadi, seorang aktivis di Bandar berkata, Letupan hari ini, yang dijalankan oleh kumpulan jihadi bergabung dengan al-Qaeda, menyerang berhampiran kompleks tentera di bandar al-Douwairinah berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Aleppo.

"Kereta itu telah dipenuhi dengan enam tan bahan letupan," katanya kepada Al Jazeera.

Letupan itu adalah salah satu serangan terbesar mensasarkan tentera rejim. Aktivis mencatatkan video di media sosial yang berupa menunjukkan saat letupan. Walau bagaimanapun, kesahihan video itu tidak dapat disahkan.

Ia datang jam selepas serangan bom kereta yang mensasarkan pusat pemeriksaan berhampiran sebuah lapangan terbang tentera di Damsyik, ibu negara Syria.

Balai Cerap Syria yang berpangkalan di UK untuk Hak Asasi Manusia berkata, terdapat 20 mangsa dalam letupan pada malam Ahad di Damsyik daerah barat Mazzeh, tetapi tidak menyatakan berapa ramai terbunuh atau injuried dalam serangan itu.

Media kerajaan Syria mengesahkan letupan yang berlaku lewat pada hari Ahad, tetapi tidak mengeluarkan jumlah mereka yang terbunuh dan cedera.

Mazzeh adalah kejiranan mewah Damsyik yang menempatkan beberapa kedutaan dan lapangan terbang tentera.

Sekurang-kurangnya 93,000 orang terbunuh dalam konflik dua tahun Syria.


LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=9w6yDrdtVP0
...
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2013/06/2013617114424685997.html
Sekurang-kurangnya 93,000 orang terbunuh dalam konflik dua tahun Syria.


Link video : http://www.youtube.com/watch?v=9w6yDrdtVP0
Memang silapla kalau kita setakat percaya apa yang tertulis di dada-dada akhbar yang entah sahih ke tidak. >SINI. Pokoknya di sini, daripada kita tak tahu apa-apa dan malas nak ambil tahu, sekurang-kurangnya berdoalah untuk saudara kita. Sedikit usaha kita itu sangat perlu kerana kita memang dituntut unutk membantu saudara seislam kita. Bantulah mereka yang mana kita termampu. Moga Allah melihatnya sebagai satu usaha sebagai bukti kecintaan kita terhadap Islam. MasyaAllah. Tak mampu nak ukirkan dengan kata-kata betapa saudara kita dalam kesusahan . Allah. Allah. Allah.
Lagi satu, puak syiah iran adalah penyokong dan pemberi bantuan rejim assad. klik sini >LANJUT IRAN. Ingat nama ini >Presiden Bashar al-Assad< adalah musuh. Jangan silap lagi kerana masih ada yang menganggap kita memburukkan dan bergaduh 'sesama islam' apabila 'mengutuk' syiah. Mintak ampun, sebelum berkata baik siasat kenapa. syiah islamkah ? fikirlah sendiri.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Ibn Qutaibah, Takwilu Mukhtalifi Al-Hadith, halaman 56)


AllahuAkbar. > TEKAN.
Boleh ikuti perkembangan syria dengan 'like' page ni --> SYRIA CARE.. sungguh bermanfaat insyaAllah.
Saya kan update lagi berkaitan syria insyaAllah. tak dapat tidak.

Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 Jun 2013

8 Pulau Buatan Manusia Yang Menakjubkan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v


Tokyo Bay Aqua-Line adalah antara salah satu jalan yang cepat menghubungkan Kawasaki,Kanagawa,Kisarazu dan Chiba.Ianya adalah lebuhraya yang dibuat di bawah laut beserta jambatan diatasnya.Aqua Tunnel ini sepanjang 9.6km bermula dari Kawasaki. 


Jika anda tidak mampu untuk membeli syurga pulau sendiri tropika anda, mengapa tidak membina sendiri? Itu adalah apa yang Richie Sowa lakukan pada tahun 1998, dengan menggunakan lebih daripada satu perempat juta botol plastik Selepas pulau Spiralnya dimusnahkan oleh ribut taufan.


Mexcaltitán adalah pulau buatan manusia yang terletak luar pantai Nayarit,Mexico.
Pulau ini kini sedang dipromosikan sebagai tarikan pelancong dan pulau ini sedang dihias oleh "Pueblo Magico" yang dilantik oleh kerajaan persekutuan Ia boleh diakses dengan bot dari La Batanza, yang merupakan kawasan dok yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Santiago, Ixcuintla.


Projek The World Islands adalah satu kumpulan kira-kira 300 buatan manusia pulau-pulau, kepulauan buatan dibina dalam bentuk peta dunia yang terletak kira-kira 6 km di luar pantai Dubai, UAE, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 55 km persegi. Pemaju induk adalah Nakheel Properties, anak syarikat Kerajaan Dubai milik konglomerat Dubai World. yang ni menag daebak ! XD


Kepulauan Khazar (Azerbaijan: Xəzər adaları), juga dikenali sebagai Kepulauan Caspian, adalah 41 pulau buatan 25 km (16 batu) selatan Baku, Azerbaijan, melanjutkan 3,000 hektar (kira-kira 11.6 batu persegi) di Laut Kaspia.

Avesta, syarikat yang bertanggungjawab untuk pembangunan pulau-pulau ', sedang membina bandar untuk rumah 1 juta penduduk, mengandungi 150 buah sekolah, 50 hospital dan pusat-pusat jagaan harian, banyak taman-taman, pusat membeli-belah, pusat-pusat kebudayaan, kampus universiti, Formula 1 yang berkualiti litar lumba, dan Menara Azerbaijan (dijangka menjadi tertinggi di dunia). [2] [3] [5] $ 2000000000 menara adalah untuk menjadi tunjang Kepulauan Khazar, sebuah bandar $ 100 bilion.


Era Victoria laut kubu pada asalnya dibina untuk menangkis serangan oleh tentera laut Perancis, tetapi kini sebuah hotel mewah dengan 21 bilik, dua landasan helikopter dan kolam renang dalaman yang dipanaskan. Ia telah dijual pada tahun 2007 tetapi syarikat itu runtuh, membawa kepada beberapa drama dengan pemilik bekas Harmesh Pooni, yang mengurung dirinya di dalam tahun 2008. Ia masih belum dijual.


Adakah anda mengidamkan pengasingan pulau peribadi anda sendiri, tetapi tidak suka terikat ke dalam satu tempat? Jika ya, sebuah firma Austria telah membangunkan penyelesaian untuk masalah anda: buatan manusia terapung di "pulau," lengkap dengan dua enjin diesel kecil untuk bila-bila masa anda suka perubahan pemandangan. Berbentuk bujur "Pulau Orsos" telah direka untuk menggabungkan pergerakan kapal layar dengan keselesaan sebuah rumah. Ia menawarkan enam bilik tidur, tiga tingkat dan 1,000 meter persegi, dan mempunyai empat gelanggang tenis.

Harga untuk semua ini sudah pasti lebih daripada yang anda harapkan untuk membayar rumah daratan tetapi, pada $ 6500000, ia akan jatuh jauh di bawah kos purata gigayachts dan kepulauan Caribbean kini digemari oleh fabulously kaya. 


Pada tahun 2012, Sepanyol pasukan bola sepak Real Madrid mengumumkan rancangan untuk membina sebuah resort mewah $ 1 bilion dalam United Arab Emirates - dan untuk memastikan lokasi benar-benar unik, syarikat sukan itu merancang untuk membina sebuah kepulauan pulau buatan di mana ia akan ditempatkan . The resort, yang juga telah digambarkan sebagai sebuah taman tema untuk peminat bola sepak yang taksub, termasuk dua hotel bertingkat tinggi, villa mewah, laut sebelah stadium bola sepak 10,000 tempat duduk, marina dan muzium berteknologi tinggi yang dikhaskan untuk sejarah pasukan tersebut. Real Madrid telah mengumumkan bahawa projek 430,000 meter persegi direka oleh J + H BOIFFILS dan akan dibina dalam kerjasama dengan kerajaan UAE. Mereka berharap untuk membuka pada tahun 2015.
yang ni pun buatan manusia jugak. Most menarik dan indah. 
Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai