Assalamualaikum. hai ^^v
Disebabkan saya ni peminat setia kucing..,
ceh, padahal kalau kucing berak merata tu kena halau gak. *memanglah kan?
Baiklah entry ni buat sapa2 yang ada bela kucing atau sekadar nak tambah pengetahuan sahaja. acecehh. Awq tahu kucing awq tu baka apa? Saya pun tahu --' Banyak rupanya baka kucing ni lebih banyak dari baka2 yang ada kat bawah ni. So berdasarkan populariti, yang kat bawah nilah senarai 10 baka kucing paling popular ^^ :-
1. Siam
Saya suka mata biru kucing siam ni, so inilah kucing yang paling popular. Namun, walaupun ia kucing yang cantik, personalitinya sebenarnya yang paling menarik perhatian—Kucing Siam gemar ‘bercakap’ dengan tuannya siang dan malam. Kalau tak setuju .. err up to you. ^^v
2. Parsi
Kucing parsi yang glamour ialah baka kucing ke2 paling popular. Ia diketahui mempunyai personaliti yang lembut dan pendiam tetapi comel . Bulunya perlu diuruskan dengan baik, tetapi pemilik-pemilik kucing ini sering menyatakan ianya pengorbanan yang berbaloi.
Tapi saya tak. saya suka tengok je heheh *tak rajin dehh ^^'.kucing kg. kat rumah tu pun jarang mandi ^^v
3. Maine Coon
Baka kucing yang berbadan besar tetapi personalitinya lembut. Ia baik dengan sesiapa saja, walaupun dengan anjing. Ia juga gemar mengekori ahli keluarga pemiliknya dari bilik ke bilik. Kucing baka ini boleh mencapai berat 9 sehingga 18 paun. Ini mengalahkan baby setahun. ye ke?
terukan teruskan. kalau rajin klik SINI jap. saya doakan awak berjaya dunia akhirat hehek.
4. Ragdoll
Matanya yang besar memang menarik perhatian, kucing baka ini juga mempunyai personaliti yang menarik. cam awaklah kan? cehh..sebut AMIIN jelah betul ke tak :P
5. Bengal
Atletik, bijak, aktif dan berdikari. Ianya tidak sejinak kucing-kucing lain, tetapi ia sukakan perhatian dan ia juga suka berjalan, anda perlu pakaikan tali pada lehernya. Aik? namanya cam biasa dengarkan. Umi saya kalau orang tak dengar kata, dia cakap 'jangan jadi bengallahh !'.hihiks.
6. Himalaya
Biasanya kucing baka ini dihasilkan dengan mengacukkan baka Siam dengan baka Parsi. Maka dengan itu secara semulajadi ia mempuyai personaliti kucing Parsi iaitu tenang tetapi ia juga mempunyai sifat kucing Siam yang sangat ingin tahu. Haaa sbabtulah saya selalu keliru. saya panggil kucing ni kucing siam je. baru tau kan ^^
7. American Shorthair
Apa yang 'short'nya 'hair' dia ni? Cam biasa je.Ini kucing biasa lahh. Macam2 nama je. Dia suka main, suka dimanjakan dan bertoleransi. Asalkan ianya bersosial dengan baik semasa di peringkat anak kucing, ia tidak ada masalah untuk bercampur dengan tetamu dan haiwan peliharaan lain bila dewasa.
8.Manx
Dikenali dengan mudah kerana ia tiada ekor.. eiihh comel je. tetapi ia kucing yang bijak dan suka bermain. Ianya biasanya hanya akan rapat dengan seorang saja ahli keluarganya, tidak seperti kucing jenis lain yang gemar berkongsi kasih sayang. Tak boleh la nak cover belkang dia..huhu..btw, dulu saya ada kucing camni, panggil kontot je. sebab ekor lahh ..hihi
9. Russian Blue
Ianya sedikit pendiam, bijak dan mudah disayangi. Ia juga tidak banyak karenah berbanding baka kucing yang lain. Nampak cool je kucing ni ^^
10. Sphynx
Bulunya seperti jaket kulit suede, ianya sejenis kucing yang gemar dipuji untuk keletahnya. Telinga panjang, kuat skodeng kucing ni agaknya, eh eh, ngupinglah. tahu tak apa tu? skodeng = mengendap. nguping = curi2 dengar perbualan orang. unik :)
Saya ada dua ekor 7 ekor kucing kat rumah sekarang. yang paling saya saaaayang sangat--colour white n black. Haa special nama both of cats ni. nama dia siang n malam. hehek sepasang kan. *lepas ni kalau ada lagi kucing hitam putih sepasang nak bagi nama yin dan yang pulak lah.hiks
psssst #ada orang pernah gelar saya UMMI HURAIRAH. cehh ! haha
cakkk !
Before tu, awak nak tak makanan kucing percuma. Ni high quality awq insyaAllah ^^
jom tekan pic kat atas tu untuk dapatkan yang free. jimat sikit heheh
Thanks awq. k bai ^^v
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai