-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

18 April 2010

Home » , » April Fool

April Fool

                BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM                

     


Sejarah April Fool's Day

April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol ,kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian

Penduduk Islam Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera -tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol


Penduduk-penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yg berlabuh di pelabuhan.Orang- orang Muslim yg risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal2 yg dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April ), mereka mengambil semua barangan yg telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar..Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki,perempuan ,serta anak-anak kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian .

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia...

So sesape yg sambut April fool ni xyah sambut da la...Cuba kita fikir sama ada April yg fool atau kita yg fool?kita seolah2 menyambut kematian saudara2 seislam kita..

                                              


Salah satu fatwa tentang April fool

Dr.Yusuf al- Qardhawi hafizahullah menyebutkan :


Menipu adalah satu sifat buruk.Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yg berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Hal ini kerana, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. (HR : al-bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia .Baginda SAW bersabda : "Kecelakaan ke atas sesiapa yg menipu untuk menghiburkan manusia,kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya." (HR Abu Daud,at-Tirmizi, dan an-Nasai'e)




Rasulullah SAW juga bersabda :" Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yg bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran ".(HR Ahmad dan At-Thabrani ). Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberi amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.Rasulullah SAW bersabda : " Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim." (HR Abu Daud)



Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dlm apa bentuk pun..Sambutan ini (hari April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :


1. Larangan menipu yg sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-sunnah.


2.Kesedihan dan ketakutan yg tidak berasas (yg disebabkan penipuan itu)yg mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.


3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yg diberikan


4.Meniru budaya buruk yg bukan milik kita,iaitu penipuan




NOTA KAKI
Dahla saya pun lahir bulan April. Heishh geram jugak ni.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)