-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

30 Januari 2010

Home » , , » pelik?

pelik?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


  












Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia”.

Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.

Walaupun ada beberapa bertentangan pendapat akhirnya sebahagian besar senarai diperolehi:



Tujuh Keajaiban Dunia


1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon


Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar. Seorang gadis yang pendiam dan dia belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab;

“Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Lalu,pensyarah yang pelik dengan jawapan si gadis itu berkata;

“Baiklah, beritahulah kepada kami apa yang anda miliki, dan mungkin kami dapat membantu untuk memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak dan kemudian membaca mula membaca senarainya.

“Saya fikir, Tujuh Keajaiban Dunia adalah..."

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…
5) Dapat merasakan
6) Dapat tertawa
7) Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.


NOTA KAKI
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”..

Sesungguhnya apa yg Allah ciptakan itu adalah sebaik penciptaan..
Dgn kuasaNyalah manusia mndpt ilham utk mencipta sesuatu yg dianggap sebagai 'keajaiban' tersebut..

renungkanlah setiap keajaiban yg telah Allah kurniakan kepada kita, makhluknya..
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. yelah itulah keajaiban yang tiada tolok bandingnya.Entri kite semalam pun ada kaitan dengan tangan dan kaki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, ALlAhu Akbar. Dialah yg maha pencipta yg tiada bandingannya. :)

      Padam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)