-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

9 Jun 2020

Burung Yang Cacat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Jangan kita melihat kepada orang-orang yang fakir dan lemah sambil berkata, “Mengapa Tuhan menjadikan mereka lemah dan susah?” Tetapi katakanlah, “Tuhan telah menciptakan saya dan orang-orang yang memiliki kemampuan untuk membantu mereka yang lemah”. Maka berusahalah dan bantu mereka yang kesusahan.


Alkisah..

Syaqiq al-Balkhi merupakan seorang pedagang dan mempunyai hubungan yang baik dengan Ibrahim bin Adham, seorang alim dan ahli ibadah. Pada suatu hari, Al-Balkhi pergi berniaga ke luar kota. Namun, tidak lama kemudian, dia kembali ke kotanya. Kepulangannya yang terlalu cepat itu menyebabkan Ibrahim bin Adham bertanya kepadanya akan hal yang menghairankan tersebut.

“Wahai sahabatku, mengapa begitu cepat engkau kembali ?”, tanya Ibrahim.
“Dalam perjalanan, aku terlihat suatu perkara yang aneh, sehingga aku memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan.”
“Apa keanehan yang kau lihat itu ?”

Maka Syaqiq Al-Balkhi menceritakan kisahnya. Dia menjelaskan bahawa di tengah perjalanan, dia beristirehat di sebuah bangunan yang sudah rosak. Secara tidak sengaja dia melihat seekor burung yang cacat sayapnya dan buta matanya. Burung itu tidak boleh terbang dan tidak boleh mencari makanan sendiri disebabkan dua kekurangannya itu.

Perkara itu membuatkan al-Balkhi berasa hairan. Bagaimana burung itu boleh bertahan hidup dengan keadaan begitu ? burung itu hidup sendirian dan tidak mampu merawat dan mencari makan sendiri. Kerana rasa inkuiri yang tinggi, al-Balkhi memutuskan untuk menunggu dan melihat apa yang terjadi pada burung itu seterusnya.

Image result for burung membantu burung lain yang buta
(gambar hiasan)

Tidak lama kemudian, ada seekor burung lain yang datang ke tempat itu dengan makanan di mulutnya. Burung itu kemudiannya menghampiri burung yang cacat dan menyuapkan makanan ke paruhnya. Burung yang cacat itu kemudian memakan makanan yang disuapkan kepadanya. Al-Balkhi memutuskan untuk terus memerhati dan dia berasa semakin takjub. Burung yang cacat itu tidak kelaparan sama sekali, kerana burung yang kedua selalu datang secara  rutin untuk memberikan makanan kepadanya.

“Maka saya pun membuat kesimpulan bahawa Yang Maha Rezeki telah memberikan rezeki yang cukup kepada seekor burung yang cacat lagi buta dan jauh daripada rakan-rakannya. Jika demikian, Allah juga akan mencukupkan rezeki saya sekalipun saya tidak bekerja. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk segera pulang ketika itu juga.”

“Wahai sahabatku, mengapa engkau mempunyai pemikiran sebegitu ? mengapa engkau rela menyamakan darjatmu dengan seekor burung yang cacat lagi buta ? Mengapa engkau rela jika dirimu hidup atas belas kasihan dan bantuan orang lain ? mengapa engkau tidak berfikiran sihat untuk cuba menjadi seperti burung yang seekor lagi itu ? Dia bekerja keras untuk mencukupkan keperluan hidupnya sendiri dan sahabatnya yang memang tidak mampu bekerja. Apakah engkau tidak tahu, bahawa tangan yang ada di atas itu lebih mulia daripada tangan yang di bawah ?

Kata-kata ini membuatkan  al-Balkhi terpegun. Kata-kata Ibrahim telah membuka pandangannya tentang sesuatu yang lebih agung dan mulia. Maka dia pun bangkit lalu mencium tangan Ibrahim bin Adham sebagai tanda terima kasih. Setelah itu dia pun memutuskan untuk memulakan kembali perniagaannya.

IBRAH
Ramai yang tersalah tafsir hidup secara tepat. Merasa hidup akan tetap aman tanpa usaha keras dan luar biasa. ‘Malaysia masih aman’ katanya. Belajarlah menjadikan hidup kita selalu berpandangan luas dan positif, maka hidup kita akan lebih tenteram dan bahagia. Antara lain, sentiasa belajar untuk menerima teguran dengan sebaik mungkin walau dari siapapun datangnya teguran itu.
Bekerja dan berusahalah untuk menjadi tangan yang di atas, usah ditunggu kaya bak Dato’ Aliff Syukri atau Dato' Vida baru rasa nak memberi. Its a no-no. Bekerja dan menempuh kesusahan memang memenatkan, tetapi pada akhirnya ia akan membawa kemudahan, insyaAllah.

Inna ma’al ‘usri yusra. :))
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 April 2020

Ei'd Millad

11th April 1995; Ei’d Milllad : Hari Kelahiran

Langit hitam bertukar oren kebiruan, burung berkicauaun terbang melata ke segenap alam Tuhan, dedaunan nan hijau masih utuh dan tekun bertasbih memuji kebesaranNya, manusia juga tidak kalah bertasbih dan bertahmid, menandakan permulaan hari yang baru. Begitu juga hari ini bagiku.

Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan dan mematikan. Alangkah beruntungnya kita yang pada saat ini masih menghirup oksigen segar, makan dengan kenyang, tidur pula sentiasa mendakap lena.

Hari ini genaplah umurku yang ke 25 (ke sepatutnya ganjillah ? ;D). Umur ini sesungguhnya permulaan kepada aras hidupku yang baharu. Memikul dan merasai sendiri tanggungjawab yang berpuluh tahun terlebih dahulu dipikul oleh ummi dan ayah. Jika apabila melangkah ke alam remaja, telah Allah sentuh hati-hati remaja mula memahami kesusahan ibu dan ayah mencari rezeki, kini, dengan umur ini, Allah beri peluang pula untuk makan garam tersebut, merasai cabaran demi cabaran sendiri.

Kali ini, kita pula keluar pagi mencari rezeki, kusut kepada di tempat kerja, pulang lewat menyiapkan tugasan, mesyuarat di luar kawasan, perlu membayar pinjaman pelajaran, hutang kenderaan, rumah sewa, dan bil-bil yang berkaitan.

Susahkah ini semua ? Ianya lumrah manusia meneruskan kehidupan.

Mengapakah kehidupan perlu diteruskan ? Kerana ianya adalah perintah Tuhan, selagi nyawa dikandung badan, dengan tujuan menjulang namaNya, memburu keredhaanNya.


Pn./Ustazah Nolida binti Ahmad.
Alfatihah sebagai hadiah buat ibuku (beliau masih bernafas ya)<3 td="">

Selayaknya setiap tarikh hari lahir menjengah, ummilah insan yang paling layak diraikan, didakap, dikucup, diucapkan, didoakan pula dengan kebaikan berpanjangan. Allah, siapakah yang lebih layak untukku syukuri keberadaanku di dunia ini melainkan kepada ibuku ?

Jika bukan kerana rahim ummiku, jika bukan kerana agama ibuku, jika bukan kerana akhlak dan didikan ibuku, jika bukan kerana kasih sayang tanpa syarat yang dilimpahkan kepadaku, jika bukan kerana doa-doa dan restu dari ibuku, apa dan siapalah aku di dunia ini, manakan mampu aku tersenyum hari ini pada ulang tahunku yang kedua puluh lima.

Wahai ummi, jika aku ada kuasa pilihan yang boleh mengubah qadar Tuhan, maka akan kupilih untuk berbakti kepadaMu sebelum Allah menjemputku, atau menjemput ummi kembali kepadaNya.

Jika selama 25 tahun yang lalu aku masih gagal membuatmu tersenyum dan menyenangkan hatimu, aku tidak mahu berputus asa. Kupohon agar Allah memberiku peluang dengan umurku ini meskipun hidupku tidak mewah dengan harta atau pujian.



Allah,

Mudahkan jalan ibuku syurga, pertemukan dan tautkan kami kembali di syurgaMu.




Ameen.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai