-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

31 Mac 2016

TEGUR ! Sebelum aku tertidur.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!


Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!


Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana,
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat?

Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!

Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!


Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!


Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa...!
Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!".

[kredit : IPJ, Inche Gabbana]

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Mac 2016

Masalah saya, bukan mereka..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah AlMulk :  2)

Alkisah..



Seorang pemandu teksi kelihatan sugul. Dia memarkir teksinya di bahu jalan. Sudah lumrah keretanya yang dah berusia lebih 10 tahun asyik rosak itu dan ini. Si pemandu teksi menelefon mekanik. Mekanik tiba dan memeriksa keretanya dan akhirnya keretanya terpaksa ditarik ke bengkel. Ada kerosakan serius yang memerlukan kos membaiki yang agak tinggi.

Pemandu teksi mengeluh. 
Nampaknya wang simpanan untuk anak-anaknya pula yang terpaksa dikorbankan. Pemuda mekanik tersebut yang sedari tadi memerhati kegelisahan pemandu teksi tersebut menawarkan untuk menghantar pemandu teksi tersebut pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, si pemuda melihat pemandu teksi berdiam diri seribu bahasa dengan wajah yang muram. barangkali, berat benar masalahnya, bisik mekanik dalam hatinya.

Sebaik sahaja tiba dirumah, pemandu teksi tersebut mengajak si pemuda singgah di rumahnya. Sebelum memasuki rumahnya, pemuda tersebut melihat pemandu teksi tersebut menyentuh-nyentuh dahan pokok di halaman rumahnya.

Setelah memberi salam, mereka pun masuk. Wajah sugul pemandu teksi tiba-tiba berubah. kini dia tersenyum manis. Huluran tangan isteri dan anak-anak disambut penuh gembira sambil memeluk seorang demi seorang anak-anaknya. Kemudian mereka makan bersama-sama dengan tetamu mereka dengan gembira.

Pemuda tersebut lalu meninta diri, Dalam hatinya, dia mengagumi sikap ceria pemandu tersebut bersama bersama keluarganya.

"Apa yang encik buat di depan rumah tadi ? Seolah-olah mengusap dahan pokok." tanya pemuda tersebut sebaik sahaja mereka di luar.

"Oh, saya gantungkan seketika masalah dan beban kerja di dahan pokok itu ! Apabila saya keluar besok pagi, saya akan kutip semula. Saya tidak mahu membawa masalah masuk ke dalam rumah."

 ...
well, sikap orang yang cemerlang adalah mengetahui ketika, keadaan dan tempat yang sesuai untuk "meletakkan" seketika masalah yang ditanggung.
Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.
dan ingatlah firman Allah,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

13 Mac 2016

Apa yang aku berikan untuk Allah ?

Alkisah..


"Satu hari seorang syeikh datang ke sebuah rumah orang kaya untuk meminta derma bagi pembangunan masjid dan anak yatim. 

Sambil menadah tangannya si syeikh meminta sedikit sumbangan daripada orang kaya tersebut.
Tanpa diduga, orang kaya tersebut meludah tadahan tangan syeikh itua. Tindakan kurang ajar orang kaya itu sungguh tak diduganya.

Namun begitu syeikh tetap tenang. Tiada riak wajah marah di wajahnya. Beliau kemudiannya menggosok ludah orang kaya tersebut dgn kedua tangannya dan menyapunya di janggut dan jambangnya.

Perbuatannya membuatkan orang kaya tersebut kekok dan terkejut.
Syeikh kemudian menadah tangannya kembali dan berkata, 

"Yang engkau beri tadi (ludah) adalah untukku dan aku telah menyapunya ke mukaku. Sekarang ini apa yang engkau akan berikan utk Allah?"

Mendengar jawapan syeikh serta akhlak mulia yg ditunjukkannya, orang kaya itu tertunduk dan menangis teresak2. Dia insaf dan memohon maaf lalu memberikan hartanya utk berjihad di jalan Allah."

credit : tps kalam ulama'

teringat aku akan kata-kata seorang ustaz, warga islam kita.., masih terlalu ramai yang kurang pergantungannya dan nipis keyakinannya pada janji Allah.
kita terlalu kedekut dan berkira dengan harta pinjaman kita !

Allah SWT telah berfirman:“Perumpamaan (infak yg dikeluarkan oleh) orang-orang yg menginfakan hartanya di jalan Allah adalah serupa dg sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiapbulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yg Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui(QS.Al-Baqarah:261)

Rasulullah SAW juga bersabda:“Barangsiapa bersedekah senilai satu biji kurma yg berasal dari mata pencaharian yg baik—dan Allah tidak akan menerima kecuali yg baik—maka sesungguhnya Allah akan menerimanya dg tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara untuk pemiliknya, sebagaimana seseorang diantara kalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah itu menjadi (besar) seperti gunung”

mashaAllah.



 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai