Masa benar-benar mengubah zaman kanak-kanak kini, juga gejala sosial yang
membiak-biak yang sukar sekali menujukkan penurunan positif.
Zaman tadika saya, yang saya tahu hanyalah main buayan dan main nyorok2 dan
yang seangkatan dengannya. tapi kerana teknologi, media, dan persekitaran,
zaman kanak-kanak itu semakin berubah. tidaaaaak ! adakah kita hanya mampu memerhati saja telatah anak-anak zaman sekarang. scroll phone. kita sendiri dapat melihat pemandangan modenisasi ini. mashaAllah. tahap hang bagi handphone 3310 pun depa scroll atas bawah kanan kiri ! ahaha. lucu juge
Pendapat saya, mereka sebenarnya masih belum wajar dilepaskan dengan
begitu mudah oleh ibu bapa untuk menggunakan gadget-gadget mahal serupa S3, Note2,
Xperia dsb. kenit sangat adik manis tu. biarlah mereka dilepaskan bermain dan
mengenal dunia luar berbanding hanya terkunci dengan alat-alat canggih itu. kanak-kanak sifatnya menyerap, inkuirinya tinggi, pergerakannya aktif. pengaruhilah mereka dengan pemantapan jati diri dan ilmu agama. sungguh, zaman yang bakal mereka lalui dewasa mereka nanti cabarannya luar biasa. gitu.
Budak kecil memang masih mentah. Ilmunya belum banyak dan pengalamannya belum matang. Namun mereka adakalanya memliki kemampuan yang tidak ada pada kaum dewasa. meeka ada potensi yang besar. Even dalam sirah kita, siapa saja yang memiliki kemahiran dalam bidang tertentu, suaranya akan didengar meskipun usianya masih sangat muda.
Masa muda untuk dimanfaatkan
Kita, pemuda-pemudi perlu menyedari akan tanggungjawab yang bakal kita galas pada masa akan datang. ayuh ! selamilah ke dalam diri kita, melihat betapa besarnya harga kita demi sebuah masa hadapan. Syabab ini harus bangkit dari lena dan mula bersiaga, mempersiapkan diri. Mempunyai matlamat yang jelas, dan membina perancangan untuk sampai kepadanya.
Masa muda ini hanya sekali datang. sekali ini saja, Tiada kerugian yang lebih besar selain membazirkannya pada perkara yang sia-sia. Allahu rabbi.

Setelah berhijrah ke Madinah yang berjiran dengan bangsa yahudi, semestinya umat Islam memerlukan seseorang yang mahir berbahasa Yahudi. Suatu hari Rasulullah SAW bertemu Zaid bin Tsabit yang hanya berumur 11 tahun ketika itu. Beliau sangat cerdik dan berpotensi besar dalam bidang bahasa. Rasulullah bersabda;
"Wahai Zaid, pelajarilah untukku bahasa kaum Yahudi. Sesungguhnya demi Allah, aku tidak berasa aman dengan Yahudi untuk menulis suratku."
[Riwayat Ahmad]
Sahabat kecil ini segera melaksanakan perintah baginda dan berjaya menguasai bahasa Yahudi hanya dalam masa setengah bulan dan berkhidmat menulis surat untuk Rasulullah apabila diperlukan. ohoi..tak sampai sebulan kottt subhanallah !
“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran.” [Surah Al-‘Asr 103 : 1 – 3]aduhai masa kanak-kanak itu !
Masa muda untuk dimanfaatkan
Kita, pemuda-pemudi perlu menyedari akan tanggungjawab yang bakal kita galas pada masa akan datang. ayuh ! selamilah ke dalam diri kita, melihat betapa besarnya harga kita demi sebuah masa hadapan. Syabab ini harus bangkit dari lena dan mula bersiaga, mempersiapkan diri. Mempunyai matlamat yang jelas, dan membina perancangan untuk sampai kepadanya.
Masa muda ini hanya sekali datang. sekali ini saja, Tiada kerugian yang lebih besar selain membazirkannya pada perkara yang sia-sia. Allahu rabbi.
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. "
[At-Taubah 9 : 41]
Suara Syabab
Syabab (pemuda) adalah aset yang tidak ternilai. Potensi diri mereka sangat bernilai untuk disia-siakan. kalau tak terarah kepada perkara positif, boleh jadi melencong pula ke arah negatif. oh tentu sekali kita tak mau ini berlaku. sudahkah ia berlaku ? lihatlah sekeliling anda. mashaAllah.
Islam sangat mengangkat dan menghargai belia. Sebagai seorang pemimpun umat, Rasulullah SAW menyedari kepentingan suara para sahabat tidak baginda sisihkan suara belia, pemuda, bahkan kanak-kanak.
Sejarah menyaksikan bahawa Rasulullah SAW pernah memilih 'Attab bin Asid menjadi amir Makkah ketika usianya baru 17 tahun. Usamah bin Zaid pernah dilantik menjadi pemimpin pasukan ke Syam pada umurnya hanya 20 tahun//ada riwayat yang mengatakan ketika itu usianya 18 tahun.
khalifah Abu Bakar memilih Zaid bin Tsabit menjadi ketua projek membukukan Al-Quran sedangkan ramai lagi ahli projek tersebut yang lebih dan jauh lebih tua seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.
Yang ini pula memang menarik, korang bayangkan Mesyuarat Tertinggi Negara.
bayangkan.
dah ? ok. then Saidina Umar Al-Khattab, khalifah islam ketika itu memilih Ibn Abbas yang hanya seawal 20-an menyertainya malah menerima saranan dan nasihat darinya dalam banyak perkara. eh *tengokdirisendiri* *malunya*
betapa para pemimpin islam sangat hormat dan pentingkan pemikiran mereka. subhanallah.
betapa para pemimpin islam sangat hormat dan pentingkan pemikiran mereka. subhanallah.
wahai sahabat-sahabiahku,
sedarkah kita akan tanggungjawab kita kepada ummah ini ?
seruan amar makruf nahi mungkar itu tidak harus dipandang sepi. ianya tidak patut hanya dilagukan dibir-bibir dan hanya dibaca ayat-ayatnya dalam kitab Quran itu.
mehla kita sama-sama tuntut ilmu dan tunduk kepada suruhan Allah yang agung ini. Tiada suruhan dan kata-kata Allah yang patut didiamkan. ianya tanggungjawab kita.
meh kita penuhi masa-masa kita dengan kerja yang ganjarannya terbaik dari Allah, tuhan kita ><
Ya Syabab !
MashaAllah.