-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

24 Januari 2015

Lambakan orang fasik di dunia ini

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sekadar perkongsian bagi yang kurang mengerti. Dipetik dari Kuliah TG Nik Aziz berkaitan Sirah Nabawiyah.Bagi yg mengerti, jika ada tambahan ilmu,sila kongsi. Tidak rugi ilmu anda bila berkongsi.Percayalah. Jika anda ingin tahu ciri-ciri Org Fasik,Hukum Org Fasik,Definisi orang Fasik dan info ala-ala dalam buku teks, sila rujuk kembali buku Teks Pendidikan Islam anda atau cari dengan En Google,kita cuba hurai dari sudut pandangan lain kali ini.


Fasiq dari sudut bahasa adalah 'terkupas kulit luar'. Diguna masyarakat arab untuk menggambarkan sesuatu yg tidak sempurna apabila terkupas.

seakan kulit pisang terkupas, cepatlah rosak pisang itu, seakan kulit durian terkupas, cepat rosak isi durian itu, seakan makanan yg tidak ditutup dgn saji, cepat dihurung lalat sajian anda!

Begitu juga kita.Jika kulit luar (Islam) anda terkupas, mana mungkin isi dalam (Iman) itu sempurna.mungkin berkulat, mungkin dihurung lalat,malah mungkin sudah berulat!

Mana mungkin iman anda sempurna bila anda malas solat.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak puasa.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak berzakat.

Dari sudut manusiawi, yang luar itu islam,yang dalam itu iman. Apabila terang-terang terkupas islam diluar itu, rendah kebarangkalian yg dalam itu suci terjaga! Perbuatan dan penampilan zahir itu menggambar anda adalah seorang Islam atau tidak-solat anda, puasa anda, zakat anda, sedekah anda dan segala-gala yang berbentuk syiar; yang mengesahkan anda adalah seorang islam.

Sebagai contoh,seorang islam tidak boleh ada tatu, maka jika anda terjumpa orang bertatu, maka automatik anda berpendapat orang itu bukan islam. Perbuatan batin itu susah ditafsir. Iman itu barang dalam, ia sama sekali tidak dapat ditafsir dengan mata kasar.Mungkin anda melaksanakan semua suruhan-suruhan Allah seperti diatas, tp jika anda syirik dengan Allah, mana orang tahu!

Orang fasiq itu orang yg terkupas islamnya.
Orang syirik itu terkupas iman dan akidahnya.

Sebab itu syirik itu jauh lebih mudarat dari fasiq.Tapi kita kena ingat,kemuliaan anda hilang bila anda fasiq. Amat payah untuk ke syurga bila iman itu berdaki dan rosak sifatnya. Kita akan dicelup dalam api neraka untuk membersihkan daki-daki dosa sebelum kita dibenar menjengah kesyurga. Seakan bijih-bijih timah yg perlu dimasak dalam relau untuk mengasingkan timah asli dan daki-daki bijih.

Daki-daki itu sedikitpun tiada nilai.
Yang dicari orang bijih timah yg tulen itu.

Dosa-dosa itu juga tiada nilainya. Nilainya adalah sebagai tiket untuk anda dicelup dalam api neraka yang panas amat. Yang dicari adalah iman yg tulen.Tiket ke syurga! Sanggupkah anda ke neraka? Sama-sama muhasabah diri, semoga rahmat Allah bersama kita.Semoga Allah masih sudi merahmati kita walaupun bergunung dosa kita.


Wallahualam.

source : http://saadabiwaqqas.blogspot.com
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Januari 2015

Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.  



Para ulama’ berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

JIN
Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.

 Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.


IBLIS
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.


SYAITAN
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.

Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; ”Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
Menurut Ibn Qayyim maksud “jalan yang lurus” di dalam ayat di atas ialah Islam yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.

Ibn Qayyim menyatakan lagi: “Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya”.

Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya

[source]
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

17 Januari 2015

Abu Hurairah ; Pusaka Berharga

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Alkisah..

Pada suatu hari, Abu Hurairah berdiri di pasar kota Madinah dan bertanya; "Wahai para pedagang ! Kenapa kamu masih belum menutup perdagangan kamu ?" Maka salah seorang yang mendengar bertanya kembali kepada Abu Hurairah RA. "Ya, ada apa wahai Abu Hurairah ?"

Lantas Abu Hurairah menyambung katanya, "Adakah kamu semua tidak mengetahui tentang pusaka nabi yang telah dibahagi-bahagikan, dedangkan kamu semua masih di sini. Adakah kamu tidak teringin untuk mengambil bahagian kamu itu ?" Mendengar pertanyaan ity, mereka saling berpandangan lalu pedagang tadi bertanya lagi, "Di manakah harta tersebut wahai Abu Hurairah ?" Jawab Abu Hurairah, di masjid Rasulullah !"

Para pedagang begegas ke Masjid Rasulullah SAW. Namun ketika itu, Abu Hurairah tetap di situ tidak bergerak ke mana-mana dan tidak menyertai para pedagang itu ke Madinah. Walaubagaimanapun tidak lama kemudian para pedagang itu kembali ke pasar. Lalu Abu Hurairah pun bertanya, "Kenapa kamu datang kembali ?" Mereka pun menjawab dengan nada kesal, "Ya Abu Hurairah, kami telah pergi ke masjid Rasulullah SAW, namun, setibanya di sana, tiada apa yang kami temui atau menyaksikan Rasulullah SAW membahagikan apa-apa."

Abu Hurairah bertanya lagi seraya memancing mereka dengan berkata, "Apakah kamu tidak melihat sesiapa di dalam masjid itu ?"Jawab pedagang itu, "Benar, kami hanya melihat ada beberapa orang sedang solat, mengaji Al-Quran dan sebahagian lagi sedang belajar mengenai halal dan haram," jawab pedagang itu dengan nada kesal dan sedikit marah. Mendengar huraian para pedagang itu, Abu Hurairah menjelaskan, "Wahai para pedagang ! Ketahuilah, itulah pusaka Muhammad SAW yang paling berharga untuk kamu semua."


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Januari 2015

Rumah Suci Abu Nawas

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alkisah..

gambar tampalan semata.

Abu Nawas menyewa sebuah rumah yang sudah tua dan setiap kali angin kencang, kayunya akan turut berderit kencang.

Suatu hari, ketika tuan rumah datang untuk menagih duit sewa, Abu Nawas menceritakan perihal bangunan itu.
"Jangan bimbang, bunyi bising itu bukan apa-apa, hanya pujian bangunan tua kepada Yang Kuasa." kata tuan rumah.
"Oh, tentu tidak bimbang tentang pujian itu, aku hanya risau bagaimana jadinya jika rumah ini bersujud?" kata Abu Nawas.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Januari 2015

Hiburan Bagaimana Yang Dianjurkan Islam?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ku mengucapkan assalamualaikum dan hai semuaa !  

Topik yang berat sedikit mungkin ? sebab semua orang pun sukakan hiburan. mungkin bila nampak tajuk ni, akan terus scroll lari dari blog aku. huaaha tidak mengapa. tazkirah untuk aku pun boleh dan mereka yang berminat :)

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”. - (Surah Al-ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat” (Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”. (Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”. (Hadis riwayat Muslim)

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”. (Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”. (Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”. (Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”. (Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

sumber: myibrah.com
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai