30 November 2013
Unic
Labels:
Nasyeed
19 November 2013
Teratai Terbesar Di Dunia
Labels:
Because Allah is GREAT
,
News and Info
12 November 2013
That's meaningful Asyura Day
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
And the last but not least, as we know kita kat Malaysia sambut Hari Asyura, dengan berpuasa, program2 ceramah, and of course bubur asyura :D:D macam makan tak kenyang, tidur tak lena tanpa bubur asyura pada hari tersebut. heheh. tak payah nak melampau sangatla kan. and thats not my point. hishhish.
Like this. Pada hari 10 Muharam juga, Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyidina Hussain ra.
How syiah celebrate Asyura day.
We have to know that Islam never ever and forever never thought us to sacrifice like this. Hurting yourself sampai blooooody camtu, you call that sacrifice ? This is totally wrong oh muslims. Beware of Syiah. Eh alamakkk, I just remember a short story about syiah. Ah yeahhh pendeks saja. Hee May Allah bless.
Seorang syiah bertanya Sayyidina Abdul Qadir Al-Jailani:
"Mengapa Ahlus-Sunnah menyambut Asyura dengan kegembiraan dan berpuasa, padahal hari tersebut adalah hari berduka?"
Sayyidina Abdul Qadir Al-Jailani menjawab:
"Orang yang berduka pada hari ini melihat Sayyidina Al-Husein dibunuh, padahal kami bergembira kerana melihat hari ini Sayyidina Al-Husein diberi anugerah Syahid yang sangat agung di sisi Allah s.w.t."
Labels:
syiah
,
The power of Islamic month
9 November 2013
Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas
Kenapa mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.
Zarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).
Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.
Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Waldo Emerson, Ronald Reagan dan Sugar Ray Tobinson.
Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?
Jawapannya adalah.....
"Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.
Dalam satu hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yang kecil.
Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim)
Labels:
News and Info
,
The power of Islamic Law
6 November 2013
Ayat-ayat Cinta
Labels:
movie
2 November 2013
Sejarah Pembinaan Kaabah
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Nabi Ismail as :
"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara "Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?” Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya."
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:
“Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan :
- Tinggi Kaabah sembilan hasta.
- Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
- Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta.
- Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta.
- Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba’ Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.
- Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.
sumber: ustaznoramin.com -amekaw.com
Well, great video, great info to share mashaAllahh :) do watch this yaww.
Labels:
Because Allah is GREAT
,
News and Info