-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

15 Januari 2013

Cinta sang Solehah

Assalamualaikum.  hyee mood nak update datang balik..wihee
btw, cerita ni credit to classmate saya, Muhd Naim. ^^ thanks to him. :)
overall, i like this story n glad to share with you all :) read it  ! 



Alkisah..
Seorang isteri menangis beria2 nak mandikan jenazah suaminya..
bapa mertua dgn polis forensik tak benarkan.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. --'jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..'--

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanya apa hal ? then ustaz tu kate tak apa kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata
"tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata


"dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."



NOTA KAKI.
sebagai seorg islam redha kan kematian orang yang kita sayang sangat penting. redha bukan hanya pada kata2, tetapi penerimaan kita akan pemergian mereka. bila orang meninggal dunia, Allah lebih sygkan dia kan? MATIITUPASTI.
Subhanallah..

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Januari 2013

menipu sukatan


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.

hai (!)

dengan yakin saya tahu awak mesti pernah dengar peniaga yang menipu kan?
tapi kali ni kita nak lebih faham tentang penipu timbangan. bagaimana di sisi ISLAM?
mari kita faham cerita pendek ni ok ^^ May Allah bless. us. :D




Alkisahh..

Di suatu petang, di bazar ramadhan..

Nazmi : Kak Najwa, belilah buah-buahan saya ni buat berbuka. Murah-murah je.

Kak Najwa : Berapa harga anggur ni Nazmi?

Nazmi : Sepinggan RM3 je.

Kak Najwa : Wah, murahnya ! Bagi saya tiga pinggan ya Nazmi.

Nazmi : Boleh, boleh..

Haslina : Apa, sepinggan RM3 je? Murahnya !!! Mangga tu berapa ringgit pulak?

Nazmi : Sebijik RM0.50. Murah-murah je.

Haslina : Baiklah, bagi saya 10 biji lah.

Nazmi : Okey, siap.

Nazmi : Mari, mari !!! Buah murah-murah !

Nak dijadikan cerita, jualan Nazmi pada hari tersebut sangatlah laris. Ramai orang datang ke kedai Jamil. Harga yang ditawarkannya sangat murah. Adakalanya menyebabkan segelintir penjual lain berasa sangat cemburu dengan jualan Nazmi yang mendapat sambutan   
 yang sangat menggalakkan. Namun, apakah terjadi selepas dua, tiga hari kemudian? 

Cik Fatini : Nazmi, awak tipu saya ya ! Kenapa awak jual buah yang dah busuk?

Isma : Ye lah, Abang Nazmi. Abang Nazmi cakap buah tu manis, tetapi tetapi masam tahu tak ! Dahla masam, banyak yang busuk pulak tu.

Nazmi : Eh...Isma. Kelmarin kenapa tak rasa dulu sebelum beli?

Isma : Nak rasa macammana? Kan bulan puasa. Oh...mentang-mentang bulan puasa tak boleh nak rasa, Abang Nazmi sanggup tipu kami ya !

Shukor : Tengok tu ! Abang Nazmi ipu timbangan ! Jarum timbangan tu kenapa tak tepat ?

Nazmi : Eh..Em..Errr..Errr..Rosak ke da...dacing nih ?

Cik Fatini : Dah la Nazmi. Awak tak payah lah nak bagi alasan macam-macam. Awak ni peniaga yang tak jujur. Inikan bulan Ramadhan. Kenapa awak sanggup menipu? Tak baik tau..

Akhirnya ramai orang tak berpuas hati dengan Nazmi. Disebabkan tak sanggup menanggung malu, Nazmi terpaksa menutup gerai jualannya. Matlamatnya untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda pada kesempatan Ramadhan kali ni, gagal.

TAMAT-

hah ! kawan2 yg baik hati, lagi arif tentang  agama,
Apabila Ramadhan menjelma, tidak ketinggalan juga, wujudlah bazar Ramadhan. kan? Cammana pun kita sibuk dengan ibadah menunaikan kefardhuan puasadan dan ibadah wajib lain, jangan pulak kita lupakan ibadahi-ibadah lain. Muamalah juga merupakan satu ibadah yang dituntut dalam agama Islam.Bermuamalahlah dengan cara yang baik lagi terbaik ! Janganlah dan jangan dan jangan lagi disebabkan kita nak mengaut keuntungan kita sanggup ketepikan hukum yang telah digariskan dalam islam. Astaghfirullah..

ingatlah firman Allah..

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang  (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang) dariapda orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka akan kurangi."-AL-MUTAFFIFIN : 1-3 

jom tonton video ni jap. hehe saya penonton tegar rancangan RASUL YANG KATA TV9 ni ^^


Mari contohi Rasulullah SAW. Baginda merupakan ikon usahawan islam yang paling unggul. Baginda mengajar kita agar mengamalkan sikap jujur dalam berjual-beli. ^^

 Jika kita sebagai peniaga, jangan sesekali kita 

   Jangan menutup kecacatan dan kekurangan barang jualan.(kalau nak jual untuk habiskan, beritahu pembeli dan kurangkanlah harga.)

  mengurangi timbangan.

  meletakkan harga yang boleh menjatuhkan harga pasaran.

  Jangan berhasad dengki denagn peniaga dan pesaing yang lain. Wujudkan persaingan yang sihat.


Amalan Usahawan Islam

  Mengamalkan sikap jujur da nilai-nilai murni yang telah digariskan dalam agama Islam.

  Ikhlas dan niatkan segala yang dilakukan adalah sebagai satu ibadah.

  Beramah mesralah dengan pelanggan. tapi tak yahlah nak over bermesra-mesra pule kan..haa tu dah jadi lain pulak nannti..hehe

Setiap perbuatan yang kita lakukan lakukanlah kerana Allah, kerana hanya hanya reda Allah yang sangat kita perlukan. :)


eh betul ke tipu nih?

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Januari 2013

telekung jarang jgn pakai kawan ^^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


Kali ni ilham dari sahabat yang sangat saya sayang kerana Allah ^^ Amirah Mahirah.
perkongsian dari pendapat saya sendiri n dari sumber2 yg saya rasa yakin insyaAllah :)

klik utk tumbesaran.
pendapat sya  lbih baik pki telekong warna putih-lmbg suci bersih nk mghdp Allah ^^


but actually, akhawat yg saya sayangi krn Allah, mmg x de masalah dgn telekong warna warni sbb Nabi n Allah sekalipun x pernah larang :)) siapa pula saya nak melarang, pendapat saya berkenaannya saje memandangkn telekong putih lebih baik dipakai ^^


  pki telekong wane-wani, sorang xpe kawan, klu b'jemaah bimbang kurangkan fokus orang lain lain yg nak gak khusyuk kan? ^^

p/s : masa kat samura, memang ada kwn saya yg mengadu psl telekong mcm2 warna ni menganggu dia solat. yelah,bukan semua org sama cam kita kan ? :)

*jgn tiru aksi ini 
  putih lagi senang nak nmpk kotor-so krglah waswas + sng nk bersihkan :)

p/s : kalau baju orang pilih warna gelap sebab x nak cepat nmpk kotor, utk solat sebaliknya berlaku. Warna putih sangat tepat untuk kita pastikan telekong kita suci bersih sebelum takbiratul ihram ! ^^ 

  bile warna telekong semua putih, tanda kite semua sama di sisi Allah-mcm gi haji tu kan..

adapun saya nak kongsi sini dari ustaz Azhar Idrus :)

                                

ok, huh lega. n_n Alhamdulillah, tak salah ye :) 

tips : sblm beli telekung, pastikan btul2 sesuai utk solat yg sempurna ^^ heheh
but sangat okay kalau awq ada pendapat awq sendiri.siapalah saya mahu melarang ^^'

Wallahu'alam.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Januari 2013

murabahah.


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.
hai (!)


awq tahu apa tu murabahah (mark up price) ?
baiklah.jom sama2 belajar n insyaAllah faham melalui story mory ni ae. alright !



Zurain : Amboi Farhah ! cantiknya shawl-shawl ni. Mana awq dapat?

Farhah : Oh semua shawl ni saya beli masa saya balik kampung hujung minggu lepas.

Zurain : Langkawi ke? wah....bestlahh  !

Farhah : Yelah...Langkawi. Barangnya murah2 belaka. Di sana barang yang dijual bebas cukai.

Zurain : Oh, ye ke?

Farhah : Sekejap aeh..kat dalam kotak tu ada banyak lagi yang cecantik, cun2, macam kite hehe

Zurain : =..= mulalah tu..eh Ya Allah banyaknya ! awq nak jual ke?

Farhah : Cadangnya camtulahh..

Zurain : Berapa untung awq boleh dapt ya? mesti banyak kan..

Farhah : Tengoklah, tolak kos barang, kos pengangkutan, kos pembungkusan dan lain2 dapatlah sikit.

Zurain : Pandai juga awq berniaga ek Farhah..ingatkan tahu bercerita je..hehe ok2 berapa ringgit kos untuk sehelai shawl ni?

Farhah : Haha..Kos untuk sehelai shawl ni dalam RM6 je. Saya mark up harga untuk shawl ni dalam RM4. Jadi harga jual, saya jual RM10. Okey tak?

Zurain : Okay sangatlah tu. Eh, mark up tu apa Farhah?

Farhah : Mark up tu maksudnya kita menaikkan harga jualan meliputi kos asal dan keuntungan. Dalam sistem muamalat, ia dikenali sebagai Murabahah.

Zurain : Apabila kita menaikkan harga sesuka hati, itu bukan riba' ke?

Farhah : Riba' berlaku apabila menaikkan jumlah hutang. Hutang RM10, kita naikkan jadi RM15. manakala Murabahah, menaikkan jumlah harga jualan setelah dicampur kos modal, untung dan lain2. Dalam Al-Quran jelas Allah menyatakan bahawa Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'.*rujuk surah Al-Baqarah : 275

Zurain : Oh...begituu.

Farhah : Selain daripada tu, murabahah yg terbaik adalah penjual akan menyatakan kepada pembeli maklumat kos modal. Selepas itu, mungkin akan berlaku tawar-menawar antara penjual dan pembeli sehinggalah kedua-dua belah pihak berpuas hati dan bersetuju.

Zurain : Tetapi kenapa saya beli baju kat pasaraya, mereka tak bagitahu pun maklumat yg detail tu?

Farhah : Biasanya, konsep sebegini akan dipraktikkan apabila berlau kontrak jual beli yang melibatkan jual beli barang2 yang besar. Contohnya seperti pembelian bahan mentah yang banyak, mesin yang bernilai puluhan ribu, ataupun jual beli secara pukal. Maka pihak pembekallah yang akan menyatakan kepada agent jualan mereka berkaitan maklumat tersebut secara terperinci. 

Setelah sampai kepada agent jualan, cukup sekadar pembeli berpuas hati  dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh agent jualan. Kalau kita nak beli barang tersebut, kita belilah. Kalau tak mahu, tak payah beli. Lagipun harganya bukanlah sehingga mencecah puluhan ribu ringgit pun. Harga yang ditawarkan oleh agent jualan biasanya mapu milik. Lainlah kalau agent jualan tersebut tu cekik darah kerana nak untung lebih.

Zurain : Oh...barulah saya faham. Maknanya kalau seseorang tu pandai mengurangkan kos untuk modal sesuatu barang, maka untung yang akan dia perolehi berlipat gandalah kan?

Farhah : Lebih kurang macam tulah.

Zurain : Kalau saya nak beli dengan awq pada harga asal juga boleh tak? Hehehe

Farhah : Boleh, tapi dengan syarat awq tolong jualkan kesemua shawl ni. Nanti dah terjual kesemua shawl ni, bukan setakat harga asal je yang saya bagi... Siap free gift satu lagi.. Hehehe


NOTA KAKI.

Murabahah / Mark Up Price :

Persetujuan dua pihak pada paras harga yang meliputi harga kos modal, kos lain2 dan keuntungan. Penjual akan membeli sesuatu barang daripada pemborong dengan harga yang lebih murah. Kemudian penjual akan menjual kepada pembeli pada harga yang lebih daripada harga pembelian asal.

Kesemua mazhab menerima prinsip muarabahah ini sebagai instrument yang sah dan dibenarkan dalam urusan perniagaan. namun begitu terdapat perbezaan dari segi pelaksanaannya.



Jumlah harga yang dinaikkan adalah sesuatu jumlah yang realistik dan munasabah.




Pembeli atau pengguna mempunyaihak untuk membuat pilihan sama ada 
bersetuju atau pun tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan.


Tujuan Murabahah :

Menerima keuntungan setimpal dengan kebijaksanaan pengurusan kewangan keluar masuk dan usaha yang telah dibuat.



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai