-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

11 Disember 2013

Une chanson en 4 langues !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum et bonjour ! 

Pour pratiquer français, aujourd'hui je veux partager une chanson avec vous ^^ Ce type de chanson que nous appelons comme 'Nasyid' en malais. Il est une chanson de l'Islam divin. Dans la vidéo suivants, Mawaddah ont fait montrer à Paris en France l'europe. C'est très intéressant ! Subhanallah  
 
'MERCI MON DIEU'  Ma chanson préférée de Mawaddah


*
Merci Mon Dieu, merci Ö Mon dieu
Qui me donnes toujours beaucoup
De bienfaits
Et me permets de les rencontrer
Le Miséricordieux et le bienfaisants

Pour parler avec toi Ö mon dieu
Tu me permets de Te demander
De T'adorer avec tout mon coueur
Implorant, demandant a Toi Ya Rabbi
*

Mais j'ai peur quand je suis devant Toi
Je ne suis pas en bon comportement
Je commence a douter
Si je ne suis pas sincère en adoration
C'est pas le bienfait que j'obtients de Toi
Mais c'est ta colère que je récolte

Ya Rabbal A'lamin
Pardonnes moi S'il Te plait

...
Mawaddah ont beaucoup de courage à chanter la chanson en 4 langues. Elles espèrent seulement pour le bénisse d'Allah.  Il existe des versions en malais, français, anglais et arabe. Allahuakbar. Vérifiez!
Langue Malais version (la version originale)


Terima Kasih Tuhan




Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadapmu-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Untuk bercakap dengan-Mu tuhan
Mengizinkan ku meminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi


Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan ku minta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi


Aaa....Aaa....Aaa....Aaa....Aaa....


Tapi aku khwatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradap dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-Mu yang ku dapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah aku .



Langue Anglais version


Thank You God





Langue Arabe version

Ashkuruka Ya Rabbi


ils sont impressionnants, n'est-ce pas? :)
pour les personnes qui ne comprennent pas cette entrée, vous pouvez vérifier en utilisant Google Translate!
(For those who didn't understand this entry, kindly check using google translate ! hehe)
Je suis désolé 

Jazakallah. Merci et au revoir  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

9 Disember 2013

Malaysia Berselawat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Ahlan !  
Alhamdulillah segala puji bagi Allah mengizinkan saya memanfaatkan sedikit masa cuti ini untuk menyertai beberapa program yang sangat bermanfaat bagi saya insyaAllah. Well cuti sebulan nak gak keluar ke program2 yang dah lama melambai-lambai diriku dari kejauhan.


Malaysia Berselawat 7 Dec 2013
Ini memang terbaik ! Alhamdulillah. Saya pun tak perasan kewujudan majlis ni pada tarikh tersebut and masa nak ajak seorang kawan smakj ke Big Bad Wolf bookfair, dia ajak saya ke majlis penuh barakah. syukuur tiada penghujung *sebakterharu*

Habib Umar bin Hafiz yang ditunggu-tunggu takdak pule  namun majlis tetap berjalan lancar dengan kehadiran anak kepada Habib Umar. ada juga Habib Najmudin, Habib Ali, dan lain-lain yang sungguh meletop ! bagi aku, merekalah yang patut dijadikan idola yang ditampal poster mereka di dinding-dinding menggantikan retisss. dan majlis inilah yang pantas diburu dan menjadi mimpi indah bagi anak-anak muda umat rasulullah SAW ini. mudah-mudahan.

bulu roma beremang, mata bergenang, dan bibir yang tak henti-henti melafazkan syukur, istighfar dan selawat ke atas Nabi junjungan yang sangat dirindui.
sollu 'ala Nabi !



Stadium Hoki Bukit Jalil :)
Dari lensa kamera low quality saya.



nampak tak mereka duduk atas padang hoki yang sangat bersih tu ?
bagi kami muslimat yang duduk atas kerusi instead of atas rumput, kami tak sedar bahawa sebenarnya rumput padang basah habis !
subhanallah..saat kami turun padang nak solat maghrib tu pun, tiada satu suara kecilpun yang saya dengar merungut atau merasa leceh dengan keadaan tersebut. seorang makcik yang solat di sebelah saya berkata sambil tersenyum denagn tenang;"tak apalah basah sikitkan, bukan selalu"

sungguh ! berada di sekeliling mereka yang jiwanya tenang, akhlaknya islam, juga membuatkan hati kita tenang dan terubat. syukuur.

Dari FanPage Al-Mawlid





lagi gambar2 semasa majlis >> INSPIRED MALAYSIA
Alhamdulillah. Sehingga dapat lagi hadir ke majlis penuh barakah dan cinta kepada Allah ini :')



Big Bad Wolf bookfair (bbw)





Saya bermalam di Unikl satu malam and gerak ke serdang 8/12. Apa lagi, MIECC The Mines laa kecintaan pada buku never ends walaupun memang tak pernah jejak The Mines pun. Jumpa pula kawan-kawan lama samura kt bbw :D Seriously ada buku Biografi Nabi Muhammad n lagi satu Mukjizat Para Nabi yang harga asalnya lebih kurang RM65 tapi dapat cuma RM18 kat bbw. tudiaa ramaila yang beli. And saya dapat set Doa ajaran Ilahi, Rasul dan Sahabat dengan cd yang asalnya RM43 dengan harga RM12 ! siapa yang tak mauu. heh. oh ya satu lagi buku 'A Small Fortune' yang tebal dan besaq. saya angkut satu. dan..ehmm. mudah-mudahan sempat saya menelaah dan mempelajari sesuatu daru buku tebal ini yang of course akan saya ketepikan dahulu. hiks. Yang penting harganya cuma RM8 kat bbw. *senyum bahagia* buku tersebut mengisahkan tentang watak utama Haris Anwar, British pakistani dengan kehidupan sebagai seorang Muslim. In English la of course and several others. Alhamdulillah.

BBW ni sampai 15/12 tau and bukak 24 jam. So sesiapa yang belum pergi silalah rajinkan diri ^^


oh yaa, next week by 11/12 - 15/12 ada Books Expo 1Malaysia kat PWTC. So jom ! Saya pun tak confirm dapat pergi. ^^v insyaAllah laa.


Book Expo Malaysia 2013 (11 Dec 2013 - 15 Dec 2013)


ada mana-mana pesta buku lagi tak ?
ah ! nak pi semualahh
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Disember 2013

RIP : Rest In Peace

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Like seriously timeline twitter semalam penuh dengan Paul..paul. oh paul. blablabla.  Hamba tak kenal pun siapakah Paul itu dan hamba rasa tidak terlalu pentinglah untuk hamba tahu siapakah Paul mahupun kisah hidupnya yang menyebabkan dia  begitu termasyhur sekali. Yang nak di highlightkan di sini, kematian dia tetap dalam keadaan yang bukan Islam. Apabila matinya seorang kafir, tidak perlulah kita doakan dia. Ucapan RIP ? Ha iyelah tu. takdakdah peacenya kalau kembali menghadap Allah bukan dalam keadaan Islam. Haishh even kita yang Islam pun terancam dengan neraka inikan pula yang bukan Islam. 
Tiada salahnya kita mengucapkan takziah atau lebih tepat 'simpati' kepada keluarga si mati contoh ucapan "saya bersimpati dengan kematiannya". Tapi ucapan RIP ini merupakan doa Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan. 

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113].

Sedikit petikan dari Fb.


Biarlah dia. Meh kita baca sejarah2 Islam, ketokohan mereka kita jadikan teladan dan saya dah rasa bersemangat nak update kisah Salahudin Ayubi yang saya dah nak habis baca ni. Mungkin ramai yang dah tahu atau dah lama dah khatam buku2 Salahudin. Tapi saya dulik hape. hihi saya nak share sebab saya rasa seronok baca ^^ Almaklum baru cuti, time nilah nak khatamkan buku2 yang dah beli :) eheee


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 November 2013

Unic

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum.  
Alhamdulillah. sampai rumah semalam and bermulalah cuti sem yang insyaAllah tak lamaa~~ heheh Alhamdulillah lah cuti jugak kan. Kalau ikutkan hati hamba tak mau balik semalam.. :( nak balik hari ahad sebab ni haa
Embedded image permalink
sila tekan pic untuk maklumat.
So sesiapa yang duduk berdekatan tu ada peluang jangan lepaskan. Dulu kini dan selamnya pengstalker setia UNIC 
Lagi program 
layan dari unic ft raqib majid dulu ^^


Post by UNIC.

Ok tak larat nak tulis banyak. Demamm~~Au revoir !
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 November 2013

Teratai Terbesar Di Dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum et Bonjour !


Salah satu kebesaran Allah. Victoria Amazonica merupakan spesies teratai terbesar di dunia. Diameternya mencapai 3 meter manakala beratnya boleh sehingga 31 kg. Meh ucap subhanallah dari atas sampai bawah, dari sekarang sampai bila2 :)






























Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

12 November 2013

That's meaningful Asyura Day

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 


Bon Nouvelle An 1435 pour tous les Musulmans  ! Ahlan Muharam :)
Let's increase our good deeds, selawat, pray more, tahajjud every day, sacrifice more. Anddd ehehe the day after tomorrow to fast !and of course tomorrow 9Muharam and 11 Muharam :)  aja aja fighting ! jom puasa reramai..ingatkan semua sahabat dan family 




What's on earth is Asyura Day ?? well, Islam is very perfect. We have been ask to fast and doing good deeds as several way remember all the sacrifices the history of our beloved prophets. yup, prophets. A lot of 'peristiwa besar para nabi' in only Asyura Day of 10 Muharam n also kehebatan Allah Hehehh. Not only 'remember' but to follow them of course  So this is the lists insyaAllah.


  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.

  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. 




And the last but not least, as we know kita kat Malaysia sambut Hari Asyura, dengan berpuasa, program2 ceramah, and of course bubur asyura :D:D macam makan tak kenyang, tidur tak lena tanpa bubur asyura pada hari tersebut. heheh. tak payah nak melampau sangatla kan.  and thats not my point. hishhish. 

Like this.  Pada hari 10 Muharam juga, Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyidina Hussain ra.

How syiah celebrate Asyura day.

  

We have to know that Islam never ever and forever never thought us to sacrifice like this. Hurting yourself sampai blooooody camtu, you call that sacrifice ? This is totally wrong oh muslims. Beware of Syiah. Eh alamakkk, I just remember a short story about syiah. Ah yeahhh pendeks saja. Hee May Allah bless.

Seorang syiah bertanya Sayyidina Abdul Qadir Al-Jailani:
"Mengapa Ahlus-Sunnah menyambut Asyura dengan kegembiraan dan berpuasa, padahal hari tersebut adalah hari berduka?"
Sayyidina Abdul Qadir Al-Jailani menjawab:
"Orang yang berduka pada hari ini melihat Sayyidina Al-Husein dibunuh, padahal kami bergembira kerana melihat hari ini Sayyidina Al-Husein diberi anugerah Syahid yang sangat agung di sisi Allah s.w.t."

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

9 November 2013

Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 

Kenapa  mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.

Zarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Waldo Emerson, Ronald Reagan dan Sugar Ray Tobinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

Jawapannya adalah.....

"Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dalam satu hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yang kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim)

wallahu'alam. :)

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

6 November 2013

Ayat-ayat Cinta

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 

Aaa well rasanya ramai yang dahpun tahu kewujudan cerita ni sejak sekian lama. Alhamdulillah cerita yang baik. Memang saya suka sangat cerita ni kecuali beberapa scene..hehe biasalah xde apa dalam dunia ni yang perfect. Sedikit kesilapan sangat wajar untuk dimaafkan dan dipandang posiif. Haaha dah kenapa saya ni, takpe takperlu lah ek saya share mana yang saya tak suka. Mungkin korang pulak yang tak setuju. Biarlah saya dengan pendapat saya. Kebaikan untuk kita semua insyaAllah. ^^


AYAT-AYAT CINTA



Selamat menonton. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai