-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

17 Mac 2012

Pandangan remaja tentang cinta

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.

As remaja, bagaimana kita meandangan  c i n t a ?
video ini saya kongsikan dari sms johor yang dh berjaya buat saya tertarik untuk BADAR SAMURA pulak ! memang menarik ^^
jom tengok :)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lN3oSzmFBB4



Dapat x point dia?
ye, cinta mmg indah tapi jangan disalah tafsirkan sesuka hati k?

cinta itu anugerah, maka peliharalah nikmat Allah tersebut dan letakkanlah cinta di tempat yang sepatutunya berlandaskan syariat Allah :)
moga kita tergolong dalam kalangan orang2 yg mencintai Allah setulusnya lebih dari segala-galanya :)) Ameen

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Bermulanya pembacaan doa qunut

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Antara banyak2 amal ibadat yg kita lakukan, mesti kadang2 kite t'tanya2 knpe solat ni kene buat ni? yg ni x ade pulak? mcm mne b'mulanya amal ibadat yg difardukan ke ats kita ni kan :)



salah satunya, kita baca doa qunut setiap kali solat subuh..kenapa?


                                           
Alkisah..
Kisah ni merujuk kepada asal-usul bermulanya membaca doa Qunut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Harap dapat ambil iktibar dan dijadikan panduan. :)

Daripadanya Anas r.a katanya : 


Telah datang rombongan kepada Nabi s.a.w suatu rombongan daripada orang-orang Arab Badawi datang menemui Nabi s.a.w. (Rombongan ini merupakan rombongan daripada ahli Najd, iaitu
penduduk pedalaman semenanjung tanah Arab yang dikenali dengan Riyadh). Mereka terdiri daripada orang-orang Badawi. Mereka diketuai oleh Abu Ubara’ datang kepada Nabi s.a.w dan berkata hantarkan bersama kami beberapa orang yang boleh mengajar kami akan Al-Quran dan Sunnah. Lalu Nabi s.a.w menghantar kepada mereka seramai 70 orang lelaki dalam kalangan Ansar dikenali dengan ahli Qurra’ iaitu mereka yang membaca dan mengaji Al-Quran.

Namun, hakikatnya Qabilah Arab ini datang dengan tujuan menipu bukan untuk masuk Islam. Mereka berpura-pura bahawa mereka telah masuk Islam dan berkata wahai Rasulullah, “hantarlah kepada kami guru-guru yang mengajar kami”.

Maka Rasulullah menghantar 70 orang ahli Qurra’ ini. Sewaktu di pertengahan jalan sebelum sampai ke destinasi, tiba-tiba mereka telah diserang oleh musuh. Ahli Qurra’ ini telah diperangkap oleh Qabilah Arab Badawi. Qabilah ini bukan mahu memeluk Islam tetapi mahu menipu untuk membunuh sahabat-sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Mereka yang diperangkap ini terdiri daripada sahabat-sahabat yang mengaji bersama dengan Nabi s.a.w di waktu malam dan di waktu siang hari mereka mencari kayu api dan menjualnya untuk membeli makanan untuk diberikan kepada ahli Sufah (orang-orang faqir dan miskin yang tinggal di serambi rumah Nabi s.a.w). Mereka juga mengangkut air dan diletakkan di masjid untuk dijadikan air wudhu’ oleh mereka yang datang ke masjid. Mereka ini merupakan orang-orang yang baik dan tiba-tiba Allah memilih mereka untuk mati sebagai mati syahid. Sebelum mereka dibunuh oleh musuh-musuh,

mereka berdoa kepada Allah Ta’ala dengan doa (antara yang berdoa itu ialah Haram Bin Milhan, bapa saudara Anas r.a) : “Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami (berita yang berlaku kepada kami ini) kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami”. Ketika mereka sedang berdoa, datang seorang kafir menikam Haram dari belakang sehingga menembusi dadanya dan haram berkata : “Demi Tuhan, aku telah berjaya”. Haram gembira kerana mati syahid.

Berita ini kemudiannya dibawa oleh Malaikat Jibril ke madinah dan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menerima berita ini dengan menangis dan dengan sedih. Salah seorang dari mereka dibawa ke Mekah dan diserahkan kepada golongan Musyrikin Mekah lalu dihiris dengan pisau dan dijadikan upacara oleh Musyrikin Mekah lalu mereka mempersendakan bagaimana kalau kami memberitahu kepada Muhammad kamu diseksa.


Kata sahabat itu : “Aku tidak rela Muhammad kena duri, lebih baik aku dibunuh.” 



 
Seorang pemimpin kafir yang masuk Islam menceritakan peristiwa ini : “Aku tidak pernah tengok seorang yang kasih kepada orang lain sebagaimana sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad s.a.w sehingga rela mati daripada nabi kena duri apatah lagi Nabi dibunuh.” Terkejut.

Ketika dihiris, sahabat ini mengatakan bahawa dia telah mencapai kebahagiaan sebagaimana yang telah dijanji oleh Allah Ta’ala dan dijanji oleh Nabi s.a.w yang mana Nabi s.a.w menerima berita ini daripada Malaikat Jibril. Nabi mengarahkan dan mengajak sahabatnya berqunut dan bermula itulah qunut dibaca dalam solat Subuh.


Doa Qunut ialah memohon petunjuk dari Allah, dan memohon Allah memberi pertolongan dan member kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Qunut dibaca bersempena dengan peristiwa sahabat Nabi s.a.w yang dihantar untuk mengajar Al-Quran telah dibunuh oleh orang-orang kafir. Nabi membaca qunut selepas solat dan dalam Mazhab Syafi’e, qunut menjadi sunat ab’ad dalam fardhu Subuh dan solat Witir separuh yang akhir di bulan Ramadhan. Hadith tersebut menunjukkan bagaimana ketaatan para sahabat radhiyallahu ‘anhum kepada Nabi s.a.w.

Mereka sanggup pergi ke tempat yang jauh lagi merbahaya kerana perintah Rasulullah s.a.w sehingga mereka dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka juga dianggap sebagai orang-orang yang berjihad. Mereka yang mengajar dan menyampaikan ilmu dikira sebagai berjihad dan mereka yang dibunuh kerana menyampaikan ilmu, mereka juga dianggap syahid di sisi Allah s.w.t.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai