-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

15 Jun 2011

Sargeant 7


22 MEI 2011

Alhamdulillah ^^ masa ni, saya dan geng2 dorm sargeant 7 jenjalan kat bandar muar! wahh..lmenyer x jenjalan kat muar semenjak sye bersekolahh di kluang..wahh! best jge rupenye..haha..

kami mulakn perjlnn naek bas, rmi btul..tmpt first kami pegi adlh pizza hut..klu ikutkn sye mmg jrg gi restorn mknn ringan camni,, sesekali ngan kengkawan best au!



di pizza hut  !
Pernah tak kita terfikir bahawa awan yang kita lihat setiap hari itu tidak pernah mempunyai bentuk yang sama? Begitu besar nikmat kejadian yang di anugerahi oleh Allah swt...Subhanallah!!


wah..setelah penat bershopping ! (shopping la sgt knn ><')
hey! see you again ^^ 
ok, thats all! thank you :)

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

9 Jun 2011

13 Aurat wanita

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Nabi SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan (tabarruj) terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Wallahu'alam.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Jun 2011

TANDA HATI KITA MATI


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah : Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

 
  al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya  Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

 Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.



Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. ye x?

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya..

Haa,, santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah ZIRULLAH dan MUHASABAH DIRI. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah yg bermaksud,,

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)  



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."


Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya. moga kita semua berjaya ok ! insyaAllah..


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 orang remaja--memang bermasaalah !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alkisah..


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybabkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.



Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee...
Tok imam pun terkedu & terpana...


NOTA KAKI
Lain kali, klu rse2 blom cukup ilmu tuu, jgnlah bongkak sgt..ape kata org,, bodoh sombong? haa..itulahh dia..ish3..mcm dlm cite ni, akibat wujudnya manusia2 yg bongkaknya bukan main cam 3 org yg masih jahil ni, diterimakah solat kesemua para makmum klu solat imamnya pun x sah?..huhu.. 
Orang yang dijadikan imam juga harus dititikberatkan ciri2 yg sepatutnya ok ^^
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Jun 2011

DAGING 'babi' HARAM.. KENAPA?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


DAGING BABI HARAM. KENAPA?

kta tahu, daging babi memang haram disisi islam, tapi, pernahkah kta mengkaji?
tdk perlu mengkaji sbnrnya,^^, yg perlu kita lakukan adalah mengambil tahu, dengan mencari maklumat berkenaannya, barulah ber+ keyakinan kita ats aqidah yg kita genggam selama ni, kan2??..=)


Dalam Surah Al-Baqarah ayat 173, Allah berfirman,
" Sesungguhnya Allah mengharamkan bangkai,darah dan DAGING BABI"

Pertama sekali, babi jika dia tiada langsung makanan, ia akan makan najisnya sendiri....

Semua nabi sama ada Isa ,Ibrahim, Musa, Muhammad semuanya tidak pernah makan daging babi.

[ p/s : sye pernah terbaca, org yahudi dan penganut agama kristian (Nasrani) juga sebenarnya diharamkan makan babi..kerana agama samawi yang turun untuk umat terdahulu juga adalah agama Allah..]

Pada dasrnya, agama Allah adalah sama, agm TAUHID..jadi jlslh pghrmn babi bgi 'mereka' juga bukan?

Dan terhadap orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah Kami ceritakan dahulu kepadamu dan Kami tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (QS. An-Nahl: 118)

Kalaupun sekarang mereka memakan babi, ketahuilah bahwa mereka sedang melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah SWT. Sebab kitab suci yang turun kepada mereka dahulu, secara tegas mengharamkan babi. Lalu para pendeta dan rahib mereka melakukan tindakan jahat yang dicatat dalam tinta sejarah, yaitu mengubah ayat-ayat Allah SWT itu dan digadaikan dengan harga yang murah sekali. contohnya di sini,,: kitab BIBLE yg tlh diubah isi kndgnnya..ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..


Daging babi mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.

Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan adalah setiap ketul daging babi mempunyai TRICHINIA, sejenis cacing parasit yang kecil.

Cacing parasit ini seperti ini menyerang bahagian otot jantung apabila ia memasuki badan manusia dan akan menyebabkan berlaku serangan penyakit.
Selain itu, cacing-cacing akan bertindak sebagai parasit di bahagian perut.


[klu rse2 anda jenis yg mudh nk temuntah nengok benda2 cmnie, anda dinasihatkan spy jgn tgk ye.. :) ]

Sesiapa yang mengambil daging babi sebagai diet dalam pemakanannya akan terdedah kepada penambahan hormon yang meningkat secara mendadak dan akibatnya dia akan mula mengalami masalah lebihan berat badan .

Daging babi mempunyai kuman RETROVIRUS yang dapat menjangkiti manusia dan ia tidak dapat dibuang kerana ia dibawa oleh DNA nya. RETROVIRUS ini adalah kelompok VIRUS yang sama dengan HIV (!)





ada kebaikannya kan?! ketahuilah, ISLAM itu indah..! (n_n)


[sila klik gambar untuk tumbesaran]..
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai