-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

19 Mac 2011

Well, Asrama


balik jerk dari asrama, cam biaselah,,

carik henpon..
dan dgn gembiranyer bkak henpon tetibe,
"ya ALLAH, mne sim kad nih?!"
%$#@*&
tanya umi, akak, ayah, abang, semua jwb x tau..huhu..
ingat nak aktifkan balik no tuu..tpi umi kte, beli bru je lahh..



huhu..
dgn berat atinya aq pon melgkh masuk kedai telekomunikasi celcom..
hilg semua kesedhn bile nmpk upax! mse nk byr, cina tu ckp,
"x paya bayar dik, percuma munya.."
(lbh krg laa..ehehe)
percuma? yeay2! dpt plak 10 ringgit kredit percuma..Alhamdulillah..~
...
aq pun dgn gembiranya, berbls mesj ngan kengkawan aq, hehe..
sdg aku ber 'sms' dgn salah sorang kwn aq,
tetiba ‘beliau’ bagi aq satu mesej yang berbunyi begini...


'Tiada yang indah pada ibu bapa
selain anak yang sOleh sOlehah..
Tiada yang lebih bahagia bagi suami
selain isteri yang sOlehah..
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah
melainkan hambaNya yang sOleh sOlehah..

Wahai TEMANKU,
sesungguhnya wanita sOlehah itu

tidak memandang dan tidak dipandang..
Jadilah kita fatayat yang dijulang
dan tidak teduh dengan panahan mata
mujahid yang memandang..salam muhasabah..'

huhu..TERHARU..,~
ianya sedikit sebanyak memberi panahan pada diri aq,,
yaAllah..
adakah aq tergolong dalam kalangan

ANAK YANG SOLEHAH?..
HAMBA YANG SOLEHAH?..
dan seorang
MUSLIMAH YANG SOLEHAH?..

argh!! terlalu banyak dosaku..
aq ingin berubah..!
moga hari ini lebih baik dari semalam..insyaAllah..~
…sms tu kwn aq yg nmenye, SITI NOR FAEZAH yg bagi,,..^^
...
To FAEZAH n all friends..,,
sAhabat yang bAik,
apabila dipandang wAjahnya,,
membawa mengingati ALLAH..,
mendEngarkAn kata-katanya,,
menambahkan iLmu,
tErlihAt gera-gErinya,
meninggikAn takut kEpada ALLAh,,
bErkawan dEngaNnya beRjuang ke jaLan ALLAh..~
SalAm ukHuwah..(n_n)

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

15 Mac 2011

MEREKA !



BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.



kau KAWAN. SAHABAT. TEMANFont sizeaku sangat bersyukur kerana pernah punyai sahabat sepertimu dahulu, sekarang dan insyaAllah..SELAMANYA!


Mereka? MUN n ZUZA. HAHA..munirah n zurain lah..,
my ex-dormmate 2009 while I’m f2..K202 heaven...^^

K201! Hehe..luv u all..thanx 4 being my dormmate along 2010..!
Nice ko’op :) Gembira penah join ALK..=)
korang memang ko’op best..Idop ko’op..!

Hehe..miss all of these moment ^^
















Syg kamoo lebih!














Assalamualaikum..
Tautan Hati~~~~kak fatimah syarha~~~~

Dengarlah Duhai Temanku Sayang...

Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun beusaha,
tentu nasib mereka berlainan,
kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
kau diberi peluang membuat pilihan,
kau jua yang tanggung natijahnya,

''sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kajadian''
(al-Tin:4)
sedarlah temanku,
kita musafir di dunia,
kita akan pulang kepada-Nya,
hidup di dunia akan di tanya,
adakah diisi dengan sebaiknya,
atau keseronokkan semata-mata?
mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
kelak di sana rendah darjatnya,

''Allah akan mengangkat orang2 beriman diantara kamu
dan orang2 berilmu beberapa darjat''(sl-Mujadalah :11)


kau ummat pilihan,
'' you are the best ummah'' (ali Imran :110)
''sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adlah orang yang bertaqwa.' (al-hujurat:13)
Jelaskan visi perjalanan,
'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka' (al Baqarah: 201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,
sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,

'' sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung ganang,
maka semuanya enggan memikul amanat dan mereka khuatir akan mengkhianatinya,
dan dipikullah amanat itu oleh manusia, Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya)''
(al-Ahzab:72)
Temanku,
dikau tidak bodoh andai dikau gagal selepas berusaha,

kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu di-sisi-NYA,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi sememangnya dikau alpa,
Jika dikau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
tiada nilaian pahala dari-NYA,
malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga,

Dikau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak di dunia

NUN DI SYURGA



BARAKALLAHULAKUM..~


smakj (klik)





.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

12 Mac 2011

perjuangan perlu diteruskan..~


dh memang legacy kat SAMURA,

form 4 ramai yang HOMESICK..! knape homesick?

HAHA..
sebelum ayah aku balik mase hari pendaftaran yang lepas, aq pandang kiri kanan,
wow!, what happen..? ramai yang kebocoran..kebocoran air mata..!
huh..
baru aq ingat! kat samura, f4 semua baru.., n mestilah major d
atang dari
sekolah harian biasa..tu pasallah homesick..n of cozlah aq bukan slh sorang dari mereka..yeah!
tapi insyaAllah..lelame ok lah kan..^^
aq mendaftar di rumah SARJANA or SARGEANT..dalam
dorm yang membahagiakan aq,
SARJANA 7!
Alhamdulillah..
we quickly close..~
-KHAI-TEHA-OUPPA-ZERA-ANIS-KIRA-
n segalanya menjadi lebih ceria dengan kedatangan dua orang lagi
budak comel berkaca mataoo untuk pengambilan kedua...
-MIRA nFARA-
welcOme dear!
(errr..is that them?HAHA!)

We hope that whatever happens, we are with each other and work together~
MAY ALLAH BLESS US..AMEEN



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

1 Mac 2011

Jurang Mariana

Bukti Keagungan Allah

Alhamdulilah. marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Agung kerana telah meletakkan kita ditempat yang berjauhan dari bencana alam. Allah berkausa memberi hidayah kepada orang-orang yang DisukaiNYA dan tiada siapa yang mampu menyesatkan dia dan dia pun tidak mampu menyesatkan orang lain

Mari kita hayati keAgungan ALLAH S.W.T


Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina.

                                            

Jurang Mariana ialah jurang yg paling dalam di dunia ( lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer.

Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.

Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

.

                                       

Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.

Dengan dasar yg sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yg sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yg hidup di permukaan dan pertengahan laut.

Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan2Nya yg unik dan penuh misteri. Inilah antara hidupan marin yg terdapat di celah Jurang Mariana yg berjaya dirakamkan.


                                        
                                        
                                        
                                        
                                        
    
                                        
                                        
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                                     


James Cameron Berjaya Selami Jurang Mariana


James Cameron menyelam menggunakan kapal selam khas Deepsea Challenger dalam Cabaran Kedalaman Jurang Mariana, di Lautan Pasifik. - AFP 

Pengarah filem Titanic, James Cameron mencuba menyelam di dasar laut paling dalam berbanding yang pernah dilakukan pada misi solo sebelum ini, bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan imej dari kawasan tersebut.

Institusi saintifik National Geographic, yang bekerjasama dengan pengarah filem itu untuk projek Cabaran Laut Dalam semalam mendedahkan, Cameron mencuba melengkapkan misi tersebut, supaya ia memperoleh hasil mengagumkan sebagaimana filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Pengarah terkenal itu berhasrat muncul individu pertama mengharungi Cabaran Kedalaman Jurang Mariana, yang memiliki kedalaman 11 kilometer di Lautan Pasifik, serta membawa pulang maklumat dan spesimen dari kawasan tersebut.
Cameron, 57, berkata, dia maklum tentang bahaya yang dihadapinya semasa melakukan cubaan berkenaan.

"Apabila anda menghasilkan filem, semua orang membawa skrip dan mereka tahu apa yang berlaku selepas itu. Namun ia berbeza dengan ekspedisi. Alam semula jadi tidak mempunyai skrip, laut juga tidak mempunyai skrip dan siapa pun tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.

                                                 

Cameron meluangkan masa sekitar tiga jam dengan mengambil sampel bagi penyelidikan saintifik dan merakamkan kawasan Mariana Trench. Kapal selam itu diturunkan ke lautan tersebut dari sebuah kapal.

Kawasan paling dalam itu terletak di barat Lautan Pasifik, barat daya Guam, dan timur Filipina, sekitar 200 ke timur Kepulauan Mariana. Ia merupakan kawasan berbentuk bulan sabit sepanjang 2,550 kilometer (km) dengan lebar 69km. Mariana Trench diselubungi kegelapan dengan suhu hampir beku.

Cameron melakukan ekspedisi itu yang turut mendapat kerjasama daripada institusi pendidikan terkenal, National Geographic Society. Menurut pegawai saluran National Geographic, Stephanie Montgomery, Cameron kembali ke permukaan Lautan Pasifik pagi 26 Mac 2012.

Rakan misi ekspedisi tersebut, National Geographic berkata, Cameron menyelam pada kedalaman 10,898 meter pada pukul 7.52 pagi ini waktu tempatan (5.52 pagi waktu Malaysia) di Jurang Mariana menggunakan kapal selam yang direka khas itu.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai keadaan kesihatan Cameron tetapi seorang doktor ekspedisi berkenaan Joe MacInnis memberitahu bahawa pengarah filem itu cukup sihat untuk membuat selaman tersebut. Cameron, 57, ialah manusia pertama yang meneroka Mariana Trench secara solo.

Sebelum ini cuma jurutera Switzerland, Jacques Piccard dan anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Don Walsh yang pernah sampai ke tempat itu pada tahun 1960 dengan menaiki kapal selam tentera laut AS, Trieste.


Subhanallah. . Allah Maha Pencipta, Maha Hebat lagi Maha Besar..
Jika memang dgn inilah Dia menyingkapkan tauhid pd kita, manusia,, kita
ucapkan Allahu Akbar..!


wallahua'lam..



._,_.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai