-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

15 Ogos 2010

Soalan kepada Saidina Ali

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Suatu hari Sayidina Ali ditanya oleh seorang sahabat mengenai berbagai-bagai soalan iaitu 

"Apakah yg lebih berat drpd langit? apakah yg lebih luas drpd bumi? apakah yg lebih kaya drpd lautan? keras drpd batu? panas drpd api? dingin drpd zamharir(benda paling dingin)? pahit drps racun?" 

Jawab Sayidina Ali, "Dusta itu lebih berat daripada langit, kebenaran itu lebih luas daripada bumi, hati yang menerima(redha dan ikhlas) lebih kaya drpd lautan, hati org munafik lebih keras drpd batu, penguasa yg menyeleweng lebih panas drpd api, meminta kepada org tercela lebih dingin drpd zamharir, adu domba lebih pahit drpd racun"


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

13 Ogos 2010

Cinta Pada si DIA

Cinta Aku Pada Si Dia

www.iLuvislam.com


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…




credit : ILuvIslam

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Kubur menjawab

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM





Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a


Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,


"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-


1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri


Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,
"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur,
walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t..
Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan
tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan
sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab,

"Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."



Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan
di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.



Jadikanlah apa yang berlaku di sekeliling kita sebagai pedoman..InsyaAllah..




Wallahu'alam. Jazakumullah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 Ogos 2010

Ramadan Mubarak

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Selamat Datang Bulan Ramadhan..

Tanpa disedari..

11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tidak semua menyejukkan..
11 bulan perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan..
11 bulan banyak kebencian, keluhan, kebohongan menjadi bagian da
lam diri..

saatnya istirehat dalam "perjalanan dunia"..
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga..
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya..
saatnya memahami makna pensucian diri..

Selamat menunaikan ibadah puasa..
bersama kita leburkan kekhilafan..
Semoga dengan puasa mempertenukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar..






















Semoga kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan doa-doa dan kembali
menjadi fitrah..

....

kita selalu boleh kata..
syaitan dah tak ada..dah kene ikat..
tapi..hakikatnya..semua datang dari diri kita sendiri..
jikalau selama ni kita buat jahat kerana syaitan yang dok menghasut tak jemu2..
kenapa ye,,
perkara yg dikelaskan kurang baik begitu sikit berkurang..

MasyaAllah..

sama2lah kita bermuhasabah agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang2 yang
fasik..Amiin..

tapi..
jangan pulak puasa kita berbalik macam puasa kita masa
zaman
jahiliyah dulu..(waktu kecik2 comey..hehe..)
jahil waktu tu,, takpe kot..x diwajibkan lagi..




dan lagi satu..
bulan Ramadhan ni,, sepatutnya kita harus bersederhana..
bukanlah kita jadikkan waktu untuk kita membazir..
ha..,tu kan amlan syaitan..syaitan kan dah tak ada bulan ni..
tu maknanya, nafsu kita yang sebenarnya menguasai diri kita..

jadi,,
apa tunggu lagi..
masa untuk berubah..!!

renung-renungkan dan selamat beramal..
(ada gaya prof. izzi dlm hot f.m tu x..?..=)..)


(*klik untuk tumbesaran )


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Ramadhan menjengah lagi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM





pertama Ramadhan..

tarawih..

tadarus..

baca Quran..

Qiyamullail..


semestinya bersama keluarga tercinta..

...


ISNIN, 9 OGOS 2010

sebaik kertas PEPERIKSAAN PERCUBAAN Kemahiran Hidup selesai dikutip
dan rapi disusun...

"saya ada berita untuk awak..good news.."

satu dewan dh riuh..(dh dpt teka)..miss senyum,, tumpang gembira..
"besok petang, awak semua boleh balik.. "

kata pujian kpd Allah terus bersahutan seluruh dewan..baik pelajar muslimin mahupun
muslimat..masing2 melafazkan rasa syukur kepada yg Maha Adil..yg Maha Baik..

"ALHAMDULILLAH!!!"


hanya itu yg dapat kulafazkan ketika itu..
jikalau tidak ku fikirkn tmpt di mn ku berada saat itu,,
ingin saja aku terus bersujud..

syukur padaMU Ya Allah..

..............

sekarang aku kat rumah..
rumahku..ya..rumah ibu bapaku..

aku takut..
apa yg aku rancangkan..
tidak dapat aku laksanakan dgn baik...
seperti mana yang aku aturkan..

aku takut..harapanku..
menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari
yang sebelumnya,, hanya akan terabai,..

jika begitu..
maka aku jualah yang mengabaikan ikrarku..
pada diriku sendiri..
janjiku.. pada tuhanku..yang menjadi saksi..

namun keyakinanku pd yang maha SAtu..
terpahat di segenap hati yg lusuh..
ibarat jemur kain yg x b'basuhh..(??)

kini..
aku jugalah yang harus berusaha keras menundukkan nafsu..
(memandangkan syaitan dh kene belenggu..)

Aku kuat..!!
maksud namaku melambangkan keperibadian yg harus ada dlm diriku..
SYUKUR..bersyukur..dan terus berasa syukur.. ya..ya..ya..yaaaaa...

sudah pasti aku boleh..haha,,boleeh..


anak yang solehah..
sahabat yang sejati..
hamba yang patuh..
rakyat yang berbakti..
pelajar yang mulia..(tolabah syarifah..)

DLL..


(mudah-mudahan aku mendapat balasan
yg setimpal dgn usahaku..AMINN)








.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai